“Padan Muka Macam Pekan Ada Jambul” - Achey Renew Lesen… Hasil Tak Duduk Diam, Gambar Lain Pula Jadinya

Mya Amri
September 21, 2020 11:32 MYT
Pelawak dan pelakon filem Kelaster, Achey berdepan dengan pengalaman melucukan sewaktu memperbaharui lesen memandunya.
Achey menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya mendedahkan foto lucu yang terpampang dilesen memandunya.
Kata Achey, fotonya dilihat menyerupai watak Pekan dalam filem Batu Belah Batu Bertangkup.
“Pesanan kepada yang nak renew lesen, pastikan anda bersedia. Dekat JPJ ada kamera je. Jangan minta bedak, celak, make up bagai.
“Jadi macam aku padan muka. Aduh 5 tahun bai. Siap macam si Pekan ada jambul pasal tak duduk diam,” tulisnya.
Sementara itu menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mengusik Achey yang dikatakan kelihatan seperti watak animasi popular, Upin Ipin.
“Wah adakah ini geng Upin Ipin atau kembar tak seiras mereka. Uish M.Nasir rupanya. Bolehlah nyanyi sikit,” usik @ashabul1789
“Nak saman pun tak jadi weh tengok gambar ni. Lima tahun abang polis / JPJ gelak guling,” komen @itseddyikhwan
Dalam perkembangan terbaharu, Achey muncul dengan filem berjudul Kelaster.
BACA: Kelaster, Kisah Seram Pelajar Terperangkap Di Kolej Diganggu Ketika PKP
Selain Achey, Kelaster turut dibintangi oleh Nora Danish, Merqeen, Amyza Aznan dan Azhan Rani.
Kelaster merupakan filem komedi seram terbaharu yang akan ditayangkan pada 24 September ini.
#Achey