Segala persoalan dan kontroversi membabitkan Ustaz Ebit Lew bakal terjawab tengahari ini apabila penceramah bebas itu membuat keputusan untuk melakukan satu siaran langsung.

Menurut Ebit Lew, pada jam 12 tengah hari esok (Khamis), dia akan menjawab semua fitnah yang melampau dan langsung tak berasas terhadapnya.

“Saya bersyukur pada Allah kerana dia Maha Baik dan Maha Besar. Saya cuma orang biasa dan pendosa.

“Syukur dapat menjadi sebahagian kecil usaha kasih sayang ini. Saya diajar untuk tidak menjawab dan bergaduh dari kecil,” katanya.

Menurutnya, semenjak di Mesir fitnah dan kata sinis terus menimpanya.

“Dari dulu lagi saya dah biasa difitnah dan dikata begini. Saya bersyukur kerana apalah sangat ujian ini.

“Tapi bila anak saya menangis, arwah ayah saya menangis, isteri saya menangis, isteri kepada team saya menangis. Kami cuma manusia biasa.

“Penat, letih dan berat ujian. Ratusan ribu orang melihat fitnah tentang saya. Hari ini masih belum habis, pagi ni anak saya peluk saya menangis. Cukuplah,” katanya.

Jelasnya, dia redha pada Allah dan hanya berdiam diri.

“Belum ada sepatah atau kenyataan dari saya. Makin ramai buat kenyataan tentang saya.

“Ini tentang saya, keluarga dan team saya. Menyebabkan arwah bapa saya menangis. Isteri dan anak saya menangis tertekan.

“Saya benar-benar kecewa dan sedih. Saya berdoa dan serahkan semuanya pada Allah SWT,” katanya.

Ustaz Ebit Lew berkata demikian menerusi satu posting di Instagramnya, hari ini.

Terdahulu, Ebit Lew mengambil keputusan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur petang tadi.

Ebit mengatakan perlu untuk beliau menggunakan saluran undang-undang yang betul bagi meluruskan perihal yang diwarwarkan dalam media sosial sehingga menimbulkan banyak salah faham.

BACA: Bersedia Saman Malu Individu Yang Mengaibkannya, Ustaz Ebit Lew: "Saya Sangkal, Semua Fitnah Semata Mata"

BACA: Misi Bantuan Ebit Lew Ke Gaza Dipertikai, Nadir Al-Nuri Bongkar Lima Perkara Ini - "Saya Amat Terkejut & Tidak Menyangka..."

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)