"Pagi Tadi Abby Luahkan Hasrat Nak 'Anak' & Tak Sampai Tengah Hari, Allah Makbulkan" - Abby Abadi Ambil Anak Angkat

Kamaruddin Razal
Jun 28, 2018 02:15 MYT
Bekas aktres drama bersiri Gerak Khas, Abby Abadi dan suami, Muhammad Faizal Zakaria berjaya mengambil seorang anak angkat lelaki.
Berita gembira tersebut disampaikan menerusi perkongsian Abby di laman Instagram miliknya.
Beberapa jam sebelum itu, Abby meluahkan hasratnya di laman Instagram untuk mengambil seorang anak angkat.
Bekas suami Abby, pelakon Norman Hakim dan isterinya, Memey Suhaiza turut berkongsi kegembiraan di laman Instagram masing-masing.
Norman dan Memey turut mengalu-alukan kehadiran bayi lelaki tersebut dalam keluarga besar mereka.
Abby, 41, mendirikan rumah tangga dengan Faizal, 44, pada 14 Ogos 2015.
Sebelum ini, Abby pernah berkahwin dengan Norman pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.
Hasil perkahwinan, Abby dan Norman dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Teks: Kamaruddin Razal
#pelakon #Abby Abadi #Pelakon #Norman Hakim