Hiburan

"Pak Cik Van Suruh Buang Air Tepi Jalan" - Ernie Zakri Kongsi Detik Cemas Tahan Buang Air Besar Di Vietnam

gempak
Amri Hassan
30/07/2019
05:42 MYT
Sponsor Banner
"Pak Cik Van Suruh Buang Air Tepi Jalan" - Ernie Zakri Kongsi Detik Cemas Tahan Buang Air Besar Di Vietnam
Penyanyi Ernie Zakri berkongsi momen melucukan ketika berada di Vietnam baru-baru ini.
Kata Ernie, ketika perjalanan dari Ha Long ke Hanoi yang mengambil masa dua jam, dia cemas apabila perutnya tiba-tiba meragam namun jarak ke stesen minyak berdekatan masih lagi jauh.
"Saya tahu perjalanan dari Ha Long ke Hanoi dua jam, jadi saya beritahu pengiring kalau nampak stesen minyak berhenti sebab tak boleh tahan.
"Saya buka waze lagi 20 kilometer! Dalam 20 ke 25 minit berzikir siap dengar al-Quran cuba tenangkan perut.
"Masalahnya sekarang, pak cik van ni tak chill! Dia boleh berhenti tepi lebuh raya minta saya turun.
"Dia suruh saya buang air tepi lebuh raya. For real mereka di sini macam tu.
"Saya jerit cakap 'No No'. Tak tahu masa tu nak marah atau bengang atau gelak ke apa sebab emosi masa tu yang saya tahu adalah cakap adoi.. adoi...," tulisnya menerusi Instastories.
Bagaimanapun, Ernie bersyukur apabila hajatnya dipermudahkan apabila tiba ke destinasi stesen minyak yang dimaksudkan selang beberapa minit.
"Selang 15 minit bergelut jumpalah stesen minyak. Maka semua orang bersorak gembira dan saya sekarang senang hati!" tambahnya.
Momen lucu Ernie yang berperang dengan kesakitan perut yang dialaminya itu sempat dirakamkan oleh kenalan yang berada dalam van berkenaan.
Ernie berada di Vietnam bagi mewakili Malaysia untuk pertandingan Asean Song Contest sejak beberapa hari lalu.
Biarpun nasib tidak menyebelahi Ernie, wakil Malaysia Rosasio Bianis dijulang sebagai juara pertandingan itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live