Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pak Nil Kongsi Tips Jadi ‘Influencer’ Yang Bijak & Berilmu - “Kebijaksanaan Awak Itu Akan Menyebabkan…”

Asyikin Mayudin
19/07/2023 04:50 MYT
Sebagai individu yang sudah lama dalam industri, pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi berpendapat terdapat perbezaan antara pempengaruh yang mempunyai pendidikan tinggi dengan orang yang tanpa pengetahuan.

Menurut Aznil atau mesra disapa sebagai Pak Nil, tidak salah untuk golongan remaja ingin menjadi pempengaruh atau influencer namun seharusnya memberi manfaat kepada masyarakat lain.

“Ada beza influencer yang instant dengan influencer yang belajar daripada pengalaman lalu… saya influencer yang belajar daripada pengalaman lalu, saya dah lama hidup pula kan.

“Ada juga influencer yang boleh bercakap mengenai masalah ekonomi, masalah runtuhnya sesebuah kerajaan, yang tahu sejarah dunia… itu influencer yang belajar tinggi.

“Jadi, anda suka ke jadi influencer yang kosong?” kata Aznil kepada Gempak ketika ditemui menghadiri program MeleTOP minggu lalu.

Dalam pada itu, Aznil turut memberi nasihat kepada golongan yang mahu menjadi pempengaruh belajar sehingga ke peringkat yang tinggi supaya mendapat kelebihan dalam bidang tersebut.

“Kita nak jadi influencer ini, kita kena dapat endorsement panjang… jangan nak jadi influencer yang jangka masa pendek. Maknanya kau tengah meletup, kita bagilah source ini untuk awak jadi influencer untuk jual.

“Tetapi influencer yang mempunya pelajaran, dia berbeza… dia akan jadi duta pula silap-silap. Jadi maknanya, dia boleh bercakap mengenai perniagaan, sistem pengurusan, marketing.

“Jadi, anak-anak kena la belajar ke peringkat yang tinggi sebab apa, bezanya adalah bila seseorang itu mula-mula berminat nak ambil awak sebagai influencer, kebijaksanaan awak itu akan menyebabkan orang itu mungkin akan ambil jadi duta,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Rezeki! Pak Nil Edar 600 Bingkisan Raya Untuk Wira Jalanan - "Mereka Terdedah Kepada Risiko Penyakit & Kemalangan..."

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Prank Melampau Tonyoh Kek Untuk Uji Kesabaran Ibu OKU, Pak Nil; “Saya Kesal, Sebagai Mentor ..."


#Aznil Nawawi #Pak Nil #Aznil #Influencer
;