,
Laman Utama

[VIDEO] Prank Melampau Tonyoh Kek Untuk Uji Kesabaran Ibu OKU, Pak Nil; “Saya Kesal, Sebagai Mentor ..."

Shahrin Zulkifle
10/12/2022
08:30 MYT

Pengacara popular tanah air, Datuk Aznil Hj Nawawi meluahkan rasa kesal berikutan sebuah video prank ‘kasar’ yang dilakukan oleh salah seorang peserta program di bawah dianjurannya yang tular baru-baru ini.

Pada video yang tular tersebut, peserta berkenaan dilihat mencampakkan sebiji kek ke muka seorang wanita di sebuah taman permainan dengan alasan hanya mahu menguji kesabaran wanita itu yang juga merupakan seorang ibu kepada anak kelainan upaya (OKU).

Bagaimanapun, Aznil atau mesra disapa Pak Nil yang juga bertindak selaku mentor program tersebut berkata tindakan peserta itu sudahpun melampui batas. Malah dia sebagai Mentor pernah berpesan untuk tidak melakukan konten yang sedemikian.

“Saya tertarik untuk mengulas sebuah video prank yang melampau, Pak Nil selaku mentor kepada peserta tersebut sangat kesal dengan kejadian ini.

“Sebab sebagai mentor saya pernah pesan kepada mereka bahawa prank di Malaysia tidak boleh sama dengan prank yang dilakukan oleh warga di negara lain.

“Kita masih mempunyai tanggungjawab terhadap agama, budaya dan negara. Masih tertakluk kepada tatasusila, itu perkara yang sangat saya utamakan,” katanya.

Pak Nil meluahkan rasa kesalnya itu menerusi satu hantaran video di laman TikTok miliknya baru-baru ini.

@datukaznilnawawi
Anak2 dah dibimbing tapi mungkin resam org Muda ni suka belajar dari kepahitan, ha…nilah yg berlaku. Yang tua ini pun kesal perkara camni berlaku.♬ original sound - Datuk Aznil Nawawi

Sementara itu, Pak Nil turut mengulas mengenai objektif utama program tersebut dianjurkan di mana ia bertujuan mahu melahirkan golongan anak muda yang mampu melakukan konten yang berkualiti.

“Mengenai projek ini, ia adalah tayangan untuk TikTok dan YouTube dengan tujuan ingin mereka mempunyai satu konten yang berkualiti daripada segi produksi dan juga isi.

“Disebabkan bekerjasama dengan TikTok, peserta-peserta ini hanya tertakluk kepada garis panduan komuniti (Comunity Guidline) yang disediakan oleh pihak TikTok.

“Seandainya TikTok melihat ia adalah sesuatu yang tidak mengganggu gugat komuniti, video itu masih lagi boleh dilihat di akaun peserta-peserta kami,” tambahnya.

Dalam masa sama, Pak Nil yang mewakili pihak produksi program tersebut memohon maaf kepada semua pihak yang terasa dan dia turut memaklumkan akan berusaha untuk berjumpa dengan peserta berkenaan bagi mendapatkan penjelasan sebenar.

“Untuk itu saya selaku wakil program tersebut ingin memohon maaf dan akan mengambil peluang untuk berjumpa peserta tersebut untuk mengetahui apa sebenarnya plan dia pada asalnya.

“Saya harap ini juga menjadi pengajaran pada semua orang untuk menghasilkan konten-konten yang lebih berkualiti dan jauh beza daripada budaya luar,” tambahnya.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
All Together Now 2022

ATNM2: Pak Nil Minta Kelly Azman Jumpa Doktor Telinga, Ini Respon Empunya Badan! - "Saya Bukannya Pekak..."

gempak
12/12/2022
02:00 MYT
Alamak betul ke?
All Together Now 2022

Penjurian Kalah Mati - Ini Cara Pemarkahan All Together Now Malaysia Musim Kedua, Sekaligus Bakal Melayakkan Juara Rebut RM50,000!

gempak
09/12/2022
10:00 MYT
Betul-betul ketat cara penjurian
Laman Utama

[VIDEO] Bantu Bapa Muda Struggle Turun Eskalator Sambil Dukung Anak, Netizen Puji Sikap Aznil Nawawi; “Mulia Hati Pak Nil”

gempak
07/09/2022
12:00 MYT
Baiknya hati Aznil Haji Nawawi
Laman Utama

“Selepas 17 Tahun Jadi Pengacara….”- Awal Ashaari Kembali Berguru Dengan Aznil

gempak
24/09/2021
08:45 MYT
Wah welcome to Astro Awal Ashaari!
Laman Utama

“Tak Pernah Lawaknya Mencarut…”- Aznil Kenang Pemergian Datuk Jamali Shadat

gempak
03/02/2021
08:50 MYT
Aznil Kenang Pemergian Datuk Jamali Shadat
Unitar