Pelawak Pak Tam, 61, atau nama sebenarnya Muhammad Nooruulah disahkan meninggal dunia akibat kekurangan oksigen dalam badan dan paru-paru berair di rumahnya di Kampung Permatang Badak, Kuantan, jam 9.30 pagi tadi.
Isterinya, Fatimah Apong, 58, ketika dihubungi berkata, keadaan kesihatan arwah merosot sejak dua bulan lalu selepas keluar dari Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuantan.
“Arwah sudah sakit beberapa tahun lalu. Malah, empat tahun lalu dia pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Ketika itu, doktor memaklumkan penyakit dialami boleh membuatkan arwah pergi bila-bila masa saja sekiranya tidak dikawal.
“Sejak itu, saya dan anak-anak jaga kandungan air dalam badan. Dia tidak boleh minum lebih. Jika tidak, jantung tidak boleh dipam dan berfungsi dengan baik.
“Selepas keluar hospital dua bulan lalu, arwah semakin tidak larat. Sesekali bawa keluar jalan-jalan, tapi dia duduk dalam kereta saja. Dia tidak mampu bergerak banyak,” katanya.
Menurut Fatimah, arwah meninggal di sisinya tanpa sempat dibawa ke hospital.
“Sepatutnya, arwah tidur dengan bantuan mesin oksigen. Tetapi, sudah lebih setahun mesin tidak ada. Jadi, sejak itu arwah akan tidur duduk.
“Sebelum meninggal pagi tadi, saya tak sedap hati melihat keadaan arwah. Saya pun panggil adiknya dan terus menghubungi ambulan. Namun, Allah lebih sayangkan arwah.
“Kesemua anak tidak dapat melihat arwah pergi. Malah, seorang anak yang duduk di Pulau Pinang masih dalam perjalanan pulang.
“Insya-Allah, kami tunggu dia sampai dulu. Selepas itu, baru kita kebumikan yang dijangka selepas Maghrib nanti,” katanya.
Fatimah berkongsi, arwah sempat berpesan supaya tidak dimasukkan ke hospital. Malah, arwah juga mahu merakamkan gambar kenangan dengan kesemua lapan cucu sewaktu cuti sekolah baru-baru ini.
“Baru-baru ini arwah ada buat permintaan nak bergambar dengan semua cucu. Kebetulan mereka semua ada berkumpul di rumah ini.
“Selain itu, arwah juga berpesan supaya tidak membawanya ke hospital. Jika tidak, dia takkan kembali lagi,” katanya.
Arwah meninggalkan seorang balu, empat anak yang berumur antara 29 dan 36 tahun dan lapan cucu. Pak Tam adalah bekas peserta Rajalawak musim kedua.
Sumber: Harian Metro
Rozaimi Zubaidi
Sun Mar 31 2019
Nama Dipetik Isu Aliff Aziz, Isteri Caprice Tampil Pertahankan Diri - “Siapa Yang Terlibat Dalam Cerita Ini, Semua Bod*h!”
Isteri Caprice berang nama dipetik isu Aliff Aziz.
Lagi Pendedahan! Kali Ini Sarah Yasmine Kongsi Rakaman Suara Lelaki Didakwa Caprice?
Panas! Lagi pendedahan Sarah.
Chacha Maembong Confront Ruhainies, Nafi Bawa Mulut Fasal Bella Astillah! - "Kami Tak Rapat Pun, Itu Semua Tak Betul"
Pelakon Chacha Maembong pula tampil menafikan dirinya terbabit dalam kemelut membabitkan Ruhanies, Aliff Aziz dan Bella Astillah seperti dalam paparan skrin perbualan WhatsApp yang tular sejak malam Rabu.
Filem SHERIFF Dengan Kutipan RM100 Juta? Zul Ariffin Buka Rahsia Hampir… | GMW Highlights
Siapa dah tengok filem SHERIFF? Kalau belum, korang memang rugi sebab filem ni memang terbaik! Dengar apa yang Zul share ni!
GMW Highlights
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#GMWHighlights
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
GMW Highlights
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#GMWHighlights
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
The Hardest Singing Show Bakal Cabar Kreativiti ‘Shownmanship’ Peserta!
Astro mempersembahkan program realiti terbaharu, 'The Hardest Singing Show', sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan 'showmanship' sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan.
Tiada Niat Kutuk Bella Astillah, Emma Maembong Akui Silap Tanya Ruhainies - “Saya Minta Maaf Sebab Jadi Kepochi”
Emma akui kesilapannya.
Sarah Yasmine Spill The Tea Lagi, Kongsi Mesej Romantis, Komplot Aliff Aziz & Ruhainies Nak Jatuhkan Bella Astillah?
Sekali lagi wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine menarik perhatian netizen di laman sosial apabila mendedahkan paparan skrin perbualan antara ‘NRF’ dipercayai aktres Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz.
Viral Di TikTok, Hazrat Muaz Disambar Jadi Pelakon & Pengacara! - "Mulanya Saya Buat Suka-Suka Je"
Hazrat Muaz terima tawaran berlakon dan mengacara.
Nadeera Lantunkan Lagu 'Udara', OST Drama Bersiri Framed Lakonan Meerqeen & Mimi Lana
Juara Big Stage musim kelima, Nadeera Zaini tampil dengan single terbaharu berjudul Udara yang menjadi runut bunyi drama bersiri Framed, lakonan hebat Meerqeen dan Mimi Lana.
“Kalau Ada Jodoh Dengan Zul Ariffin Ada, Kalau Tiada Maka Tidak Ada” - Gayatri
Penerbit filem terkemuka tanah air, Gayatri Su-Lin Pillai masih tidak mengesahkan khabar angin bahawa dia adalah wanita yang disebut-sebut bakal menjadi isteri aktor popular, Zul Ariffin. Ketika ditemui Gempak, Gayatri masih merahsiakan status sebenar hubungannya bersama Zul. Menurut Gayatri, dirinya lebih selesa untuk berdiam diri dan berpegan