Penyanyi Raqib Majid berkongsi foto 'throwback' ketika dia menyertai Akademi Fantasia 9 (AF9).

Foto itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.



"Ya, memang budak Akademi Fantasia 9 dulu, okay korang jangan google lagi, cukup dah gambar saya bagi ini.

"Saya rasa senyuman senget saya dulu dah berjaya memikat hati wanita, ternyata tidak.

"Pakai cermin mata bingkai putih tau, dulu rasa handsome dah," selorohnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian itu kemudiannya mendapat perhatian daripada para pengikut Raqib di ruangan komen.

Rata-rata mereka mengusik tentang imej lama Raqib itu, ada juga yang memuji imej terkini dirinya yang dikatakan lebih kacak.

Ok la mummy kau @tashamanshahar buat hal muammar kt IG die. Haha. Iye memang dedi budak Akademi Fantasia 9 dulu. Ok korang jangan google lagi. Cukup dah gambo saya bagi ni? - Saya rasa senyuman senget saya dulu dah berjaya memikat hati wanita. Ternyata tidak? - Pakai spek bingkai putih tao. Dulu Rasa hensem dah - #deletesoon #bajupink #bowpurple

A post shared by Fahrur Raqib Abdul Majid (@raqibmajid) on


Terdahulu, Raqib mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Tasha Manshahar pada 8 September 2018.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muammar Rafiqi yang dilahirkan pada Jun tahun lalu.