Pelakon Puteri Sarah Liyana menjelaskan bentuk anak matanya yang besar adalah anugerah sejak lahir dan bukannya kerana dia mengenakan kanta lekap.

Menerusi laman sosial Instagram, Sarah berkongsi sekeping foto dirinya sewaktu kecil dengan matanya yang semula jadi besar untuk tatapan umum.

“Ramai tanya Puteri Sarah pakai contact lense untuk besarkan mata ke? Betullah tu, dari i baby i pakai contact lense,” usiknya di ruangan kapsyen.

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana)


Menerusi perkongsian itu lagi, Sarah kelihatan comel memakai pakaian seragam sekolah rendah sambil duduk termenung.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya yang memuji kecomelan wajah Sarah yang saling tak tumpah seperti anak perempuannya, Sumayyah.

“Wow, jarang jumpa orang yang mata besar original,” kata seorang wargamaya.

“Wah, copy Sumayyah ni,” ujar seorang wargamaya.

“Saya pulak orang selalu tanya pakai contact lense ke sebab warna coklat. Yela, saya pakai contact lense 24 jam bawa tidur sekali,” komen seorang wargamaya.

“Comelnya, macam anak patung,” tulis seorang wargamaya.

“Cantiknya mata, dari kecik memang cantik rupanya Puteri Sarah ni,” puji seorang wargamaya.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima lebih 30,000 tanda suka daripada wargamaya.