Usahawan Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM mendedahkan jantina bayi yang dikandungnya dalam sebuah majlis ‘gender reveal’ sebentar tadi.

Menerusi laman sosial Instagram, Kak KM mengumumkan dia bakal menerima kehadiran seorang lagi anak perempuan tidak lama lagi.

Boy or girl? It’s a girl!” tulis Kak KM di ruangan kapsyen.

Dalam majlis yang dihadiri oleh ahli keluarga itu lagi, Kak KM mengenakan gaun seksi berona merah hati memegang sebuah belon hitam berisi perhiasan kertas bewarna.

Selepas dia meletopkN belon terbabit, kepingsn kertas berwarna merah jambu berterbangan menandakan bayi yang dikandungnya adalah anak perempuan.

A post shared by Lianarosli Official (@kmfavourite.testimoni)

A post shared by Lianarosli Official (@kmfavourite.testimoni)


Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya teruja apabila mengetahui Kak KM sekeluarga bakal menyambut kehadiran bayi perempuan.

Ramai juga yang menitipkan ucapan tahniah serta doa agar urusan melahirkan kelak dipermudahkan.

Boy or girl, janji selamat melahirkan, sihat, kak KM sihat, alhamdulillah,” ujar seorang wargamaya.

“Tahniah, semoga semua berjalan lancar,” ucap seorang wargamaya.

“Tahniah kak KM, semoga semuanya dipermudahkan buat kak KM bila nak bersalin nanti. Dan baby dalam kandungan juga sihat,” tulis seorang wargamaya.

“Dah kata dah, baby kak KM nanti girl,” kata seorang wargamaya.

“Semoga Allah SWT permudahkan urusan kakak sayang amin ya Allah,” doa seorang wargamaya lagi.

Terdahulu, Kak KM dan suami dikurniakan seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan.

Sekadar info, Kak KM merupakan anak kepada dramatis veteran Normah Damanhuri dan kakak kepada model Ahya Rosli.