Pakai Inai Merah Macam Pengantin, Netizen Sedih Ingatkan Malia Baby Kahwin - “Sebenarnya Saya Hanya…”
Asyikin Mayudin
01/06/2024 08:58 MYT
01/06/2024 08:58 MYT
Gara-gara memuat naik foto memperlihatkan tangannya penuh dengan memakai inai merah, ramai pengikut spekulasi pelakon dan pempengaruh media sosial, Malia Baby bernikah.
Hanya Bridesmaid Saja
Bagaimanapun Malia atau Tengku Nur Kamalia Aisyah Tengku Norkamarulhaizan berkata dia bukan la pengantin sebaliknya hanya pengapit yang sengaja memakai inai tersebut.
“Sebenarnya saya hanya bridesmaid saja… masa malam berinai, semua orang pakai inai. Tapi pengantin pakai inai putih, saya yang mengada-ngada nak pakai inai merah.
“Lepas itu kawan-kawan saya saja suruh pakai ‘bride to be’ pula sebab nak post. Tapi saya hanyalah bridesmaid saja,” kata Malia ketika dihubungi Gempak.
Terharu Ramai Sedih
Dalam pada itu, Malia berasa terharu apabila ramai pengikutnya terutama wanita yang bersedih gara-gara memikirnya berkahwin.
BERITA TRENDING: Rakaman Menari Jadi Bahan Gosip Netizen, Malia Nafi Beri ‘Side-Eye’ Pada Marissa
“Saya rasa terharu… ikutkan pengikut saya di laman sosial ramai perempuan, diorang sedih, diorang cakap ‘kenapa dah kahwin, girlfriend kita dah kahwin’, saya jadi terharu la.
“Sebenarnya benda itu sekadar gurauan saja. Bila ramai yang beri respons sedih, saya rasa terharu, saya rasa lucu… saya jadi seronok baca komen-komen,” ujarnya.
BERITA TRENDING: Suami Eyra Hazali Sedih, Impian Nak Anak Kembar Tak Kesampaian - “Dia Mengharapkan Juga Dari Anak Pertama Tapi…”
Sementara itu, Malia mengakui dia berasa serba salah apabila melihat ramai orang mempercayai foto tersebut.
“Bila semua orang percaya, saya rasa serba salah, rasa macam berdosa ini. Jadi saya rasa kena beritahu cepat yang saya hanyalah bridesmaid saja, bukan pengantin,” katanya lagi.
BERITA TRENDING: Netizen Kesal Sikap Ghairah Viral, Selalu Tolong Orang Yang Salah - “Jangan Terlalu Percaya…”
Apabila ditanya soal kahwin, Malia bagaimanapun memberitahu dia masih mahu membalas jasa ibu dan belum memikirkan untuk mendirikan rumah tangga.
“Saya tak tahu lagi nak kahwin bila… saya nak kena cari boyfriend dulu. Saya pun ada banyak lagi perkara nak dicapai dalam hidup, nak balas jasa ibu saya. Soal kahwin tu jauh lagi. Sampai jodoh, saya kahwin la,” ujarnya.