Hiburan

Suami Eyra Hazali Sedih, Impian Nak Anak Kembar Tak Kesampaian - “Dia Mengharapkan Juga Dari Anak Pertama Tapi…”

gempak
Asyikin Mayudin
30/05/2024
06:55 MYT
Sponsor Banner
Suami Eyra Hazali Sedih, Impian Nak Anak Kembar Tak Kesampaian - “Dia Mengharapkan Juga Dari Anak Pertama Tapi…”
Hasrat suami kepada pelakon Eyra Hazali iaitu pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Haziq Nadzli untuk memiliki anak kembar tidak kesampaian disebabkan salah satu embrio tidak menjadi.

Salah Satu Embrio Tak Jadi

Kata Eyra kepada Gempak, suaminya tetap bersyukur dan gembira apabila mengetahui bakal menimang cahaya mata ketiga.

“Sebenarnya suami saya sedih sebab dia memang mengharapkan kembar juga dari anak pertama lagi. Tapi dia tetap gembira dan syukur bila ada baby lagi.

“Ikutkan kami tak merancang pun untuk cahaya mata ketiga. Kiranya ini rezeki yang tak disangka. Keluarga saya dan suami memang ada kembar.

BERITA TRENDING: Bayi 20 Bulan Maut, Dilanggar Bapa Semasa Mahu Undur Kenderaan

“Mak saudara saya kembar manakala adik bongsu Haziq pun kembar,” kata Eyra yang kini sedang hamil 20 minggu.
Terdahylu, Eyra berkongsi mengenai dirinya hamil anak kembar namun salah satu embrio tidak menjadi dan kini perlu makan ubat kuat rahim untuk bayi dalam kandungannya.
“Alhamdulillah, saya dapat tahu yang saya hamil kembar ketika membuat ujian ultra bunyi di hospital. Saya datang untuk buat DnC tapi rupa-rupanya ada baby.
“Tapi bukan rezeki saya untuk dapat bayi kembar sebab satu tak jadi. Walaupun satu tak jadi, tapi tak beri kesan pada bayi satu lagi. Sebab ada dua kantung, bukan dua bayi dalam satu kantung.
BERITA TRENDING: Netizen Kesal Sikap Ghairah Viral, Selalu Tolong Orang Yang Salah - “Jangan Terlalu Percaya…”
“Cumanya saya tetap kena makan ubat kuat rahim supaya baby yang jadi tu kuat,” ujarnya.

Alami Alahan 2 Bulan

Eyra memberitahu dia mengalami alahan yang sama seperti kehamilan sebelum ini namun lebih banyak membuat pemeriksaan ultra bunyi disebabkan anak keduanya lasak.
“Lebih kurang sama. Alahan selama dua bulan dan kehamilan kali ni banyak sikit pergi ultrasound scan sebab Endra lasak and tak berapa faham ada baby dalam perut so dia main lompat atas perut,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Beri Bayi Usia 10 Hari Makan, Tindakan Individu Ini Dibidas Netizen - "Kalau Tersedak Macam Mana?"

Apabila ditanya adakah mempunyai perancangan untuk mempunyai cahaya mata seterusnya, Eyra bagaimana berkata dia dan suami berasakan tiga sudah mencukupi.
“Mungkin ini yang terakhir,” kata Eyra.
Untuk rekod, Eyra mendirikan rumah tangga dengan Haziq pada 1 November 2019 dan mereka dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Hayder Qhalish, 4 dan Muhammad Endra Haqimie, 2.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live