Pelakon Hannah Delisha mencuri tumpuan ramai apabila tampil serba merah di acara Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW22) yang berlangsung di Pavilion, Kuala Lumpur minggu lalu.

Menerusi laman sosial Instagram, Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch, 26, berkongsi foto sewaktu momen tersebut untuk tatapan umum.

“Where’s the Big Bad Wolf? #KLFW2022 for @aliabastamamkl,” tulis Hannah di ruangan kapsyen.

Mengenakan gaun labuh berona merah, anak kelahiran Singapura itu turut memakai korset di bahagian pinggang yang membuatkan wargamaya terkejut.

View this post on Instagram

A post shared by Lady Delicia (@hannahdelisha)


Di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa kurang senang melihat pemakaian korset itu di luar gaun.

Tidak kurang juga ramai yang turut menitipkan pesan agar pelakon itu untuk menjaga penampilannya yang kini sudah berhijab.

“Cantik tapi lagi cantik kalau baju tu longgar sedikit. Just soft advice,” luah seorang wargamaya.

“Spoilnya tengok bengkung tu. Please cover apa yang patut sebagai muslimah. Tegur sebab sayang,” kata seorang wargamaya.

“Tak sesuai,” komen seorang wargamaya.

“Alaa bengkung tu patutnya di dalam, bukan di luar,” pesan seorang wargamaya.

“Cantik memang cantik tapi no bengkung,” tegur seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 40,000 tanda suka daripada pengikutnya.