Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Pakai Pinggan Free Ubat Gigi Je" - Wawa Zainal Tak Pakai Pinggan Mahal...Masih Pakai Pinggan Percuma Sejak Zaman Mula Kahwin

Asraf Aided 04/06/2020 | 09:40 MYT
Pelakon Wawa Zainal mengatakan dia tidak memiliki koleksi pinggan mahal mahupun yang sedang viral.
Menurut Wawa, dia hanya memakai pinggan percuma dari pembelian ubat gigi sejak zaman awal perkahwinan mereka.
"Kita takda pinggan mahal-mahal, pinggan viral pun takda, pinggan free ubat gigi saja ada.
"Pinggan ini dari zaman memula kahwin dengan Aeril lagi, masih ada lagi sampai sekarang," tulis Wawa di Instagram.
Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Wawa meninggalkan komen positif dan pendapat masing-masing.
"Siapa je takda pinggan tu," tulis seorang wargamaya.
"Pinggan tak penting, yang penting lauk yang dimasak dengan kasih sayang," tulis pengguna Instagram yang lain.
"Low profile," tulis wargamaya lagi.

kite xde pinggan mahal2,pinggan viral pun xde.. pinggan free ubat gigi darlie je ada?? pinggan ni dari zaman memula kahwin dgn aeril lagi. masih ada lagi smpi skg?

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal) on

Terdahulu, Aeril dan Wawa berkahwin pada 2013.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa dan Ayya Soffya.
#pelakon #Wawa Zainal #Pelakon #Pinggan
;