Pakai Sport Bra Di Tempat Awam, Netizen Kecam Raja Ilya 'Ketiak Hitam'

Amri Hassan
Mei 15, 2018 08:03 MYT
Pelakon Raja Ilya mencuri tumpuan netizen apabila memuat naik sekeping gambar memakai sport bra berwarna merah di tempat awam semalam.
Menerusi entri tersebut, Raja Ilya turut memuat naik beberapa potongan ayat motivasi yang mendorongnya mendapatkan bentuk badan ideal.
Bagaimanapun, tindakan pelakon filem Appalam itu mendapat kecaman netizen apabila dilihat terlalu seksi hingga menampakkan sebahagian besar tubuhnya.
Malah, ada juga segelintir netizen bertindak agresif dengan menulis komen-komen berbaur lucah dan nakal.
Tidak terlepas juga yang mengkritik bahagian tubuh pelakon itu terutama bahagian ketiak.
Raja Ilya enggan mengambil pusing lebih 300 komen netizen yang ditulis pada entri terbabit dan hanya berdiam diri.
Sebelum ini, Raja Ilya membuka mata rakyat Malaysia apabila dikhabarkan mendapat tawaran daripada Marvel Studios untuk membintangi sebuah filem di Hollywood.
Namun, pelakon itu mendedahkan dia terpaksa menolak tawaran tersebut berikutan adegan yang menyentuh sensitiviti Islam.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @rajailya
#pelakon #Viral #Raja Ilya #Pelakon #Viral