Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Pakai Topi Tertera Huruf ‘R’, Posting Aliff Aziz Curi Tumpuan Netizen

Firdaus
19/10/2024 03:58 MYT
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz meraih tumpuan apabila tampil memuat naik gambar memakai topi yang tertera huruf ‘R’.

Apa Maksud Disebalik Huruf 'R'?

Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram Story, pelantun lagu Sayang-Sayang tersebut dapat dilihat memakai kaca mata dan hoodie berwarna hitam disertakan topi yang tertera huruf ‘R’ ketika berada di sebuah rangkaian restoran terkenal.

Bagaimanapun, posting berkenaan tidak mempunyai sebarang kapsyen sebaliknya hanya disekalikan dengan emoji permata.

Pada Khamis, Aliff Aziz dan Ruhainies dilihat ‘membisu’ selepas sebutan kes pertuduhan khalwat melibatkan mereka selesai di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

BERITA TRENDING: Wah! Ruhainies Dapat Sejambak Bunga Lepas Balik Mahkamah

BERITA TRENDING: Peguam Perjelas Sebab Aliff Aziz & Ruhainies Diam Membisu - “Kami Nasihatkan Mereka Untuk…”

BERITA TRENDING: Hanya Berlalu Pergi, Aliff Aziz & Ruhainies Diam Membisu… Enggan Komen Kes Khalwat Ditangguh

BERITA TRENDING: Adik Tarik Diri Jadi Penjamin, Kes Khalwat Aliff Aziz & Ruhainies Tangguh Februari Depan

Aliff dan Ruhainies juga dilihat enggan memberikan sebarang komen berhubung penangguhan sebutan kes itu.

Kedua selebriti itu mengambil pendekatan untuk mengunci mulut dan menghiraukan pihak media ketika diajukan beberapa soalan.

Pada prosiding tersebut, mahkamah menetapkan perbicaraan melibatkan Aliff dan Ruhainies ditangguhkan pada 20 dan 27 Februari tahun hadapan.

Tempoh jaminan bagi kedua-dua tertuduh itu juga dilanjutkan sehingga tarikh perbicaraan yang seterusnya.

Mahkamah juga membenarkan Aliff untuk menggantikan penjamin baharu selepas penjamin sebelumnya iaitu Muhammad Nur Aiman Zainul Ilyas menarik diri dan ditukarkan kepada Furqan Abdul Rahim

#Kontroversi #Aliff Aziz #Ruhainies #Selebriti #hiburan #Topi
;