Go Shop, platform beli-belah barangan rumah dan e-dagang di Malaysia, melancarkan kempen ‘Macam-Macam Ada’ pada bulan ini untuk menawarkan tawaran terbaik merangkumi pelbagai kategori termasuk barangan kesihatan, dapur dan makanan, rumah dan kediaman, fesyen dan kecantikan, elektronik, serta kategori terbaharu – pelancongan.
Pelanggan boleh menikmati RM20 diskaun dengan menggunakan kod ADA20 dengan berbelanja serendah RM220 serta menerima baucar sebanyak RM20 untuk pembelian seterusnya.
Pelanggan yang inginkan percutian tempatan yang singkat tetapi berbaloi boleh membeli pakej percutian ‘Let’s Go Cuti!’ dengan harga di bawah RM80 untuk menikmati percutian ke Cameron Highlands dan Port Dickson.
Selain itu, Go Shop juga menawarkan barangan keperluan percutian daripada jenama seperti Urbanlite, Barry Smith serta diskaun sebanyak 40% untuk jenama elektronik dan digital terkemuka seperti Vivo, OPPO, Huawei, Xiaomi dan Samsung.
Pelanggan akan dapat menikmati penjimatan sehingga RM50 apabila mereka membeli-belah dengan pembayaran melalui rakan kongsi pembayaran Go Shop – CIMB, RHB, VISA, Hoolah dan Grab.
Selain itu, pelanggan juga boleh memperoleh 5% Go Points untuk setiap pembelian dan mendapatkan Go Points tambahan dengan minimum tiga pesanan setiap bulan.
Sempena bulan Jun ini, Go Shop memperkenalkan dua program baharu pada saluran-saluran, laman sesawang dan aplikasi mudah alihnya :
- Teratak Sihat menampilkan tawaran terhebat untuk makanan kesihatan, vitamin, makanan tambahan dan lebih lagi. Setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat pada jam 11 pagi di Astro CH118.
- The Premium memaparkan pilihan eksklusif produk fesyen dan kecantikan daripada jenama seperti Melvita, Crabtree & Evelyn, Bonia, Sothys dan banyak lagi. Setiap hari Sabtu pada jam 11 pagi di Astro CH11.
Dapatkan lebih banyak tawaran menarik melalui Go Shop di Astro – Go Shop RUUMA (CH118), Go Shop GAAYA (CH120), Go Shop BAARU (CH111) dalam Bahasa Malaysia dan CH303 dalam Bahasa Mandarin.
Untuk maklumat lanjut, layari www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store.
Amri Hassan
Mon Jun 13 2022
Sudah Beri Komitmen Awal, Apa Punca Naim Daniel Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show?
Penyanyi, Naim Daniel enggan mengulas lanjut mengenai isu penarikan diri saat akhir daripada rancangan realiti terbaharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show.
“Saya Masih Terkejut Dapat Emel Naim Daniel Tarik Diri” - Ketua Saluran Astro Ria
Naim Daniel tarik diri...
“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza
Kalau ada rezeki, ada.
Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG
Kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Sarah Yasmine terus menjadi topik hangat dalam media sosial selepas wanita itu membuat pendedahan mengaku kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu.
Suami Sepupu Eyra Hazali Salah Seorang Mangsa Nahas Helikopter TLDM - “Al-Fatihah Kepada Semua Yang Terlibat…”
Semoga roh mangsa terlibat ditempatkan bersama orang beriman.
Nahas Helikopter TLDM: Tiada Terselamat, 10 Dilaporkan Terkorban
Seramai 10 orang dilaporkan terkorban selepas dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertembung dalam kejadian di Kem Tenteral Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, hari ini.
Nyanyian Alif Satar & The Locos Raih Pujian Netizen, Siap Diberi Jolokan Bruno Mars Versi Malaysia!
Sepotong video nyanyian kumpulan Alif Satar & The Locos (ASTL) berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Nafi Dakwaan Sukar Dihubungi, Ippo Hafiz Enggan Jaja Kisah Rumah Tangga - “Dia Masih Isteri, Jadi Lindungilah Maruah Suami”
Penyanyi Ippo Hafiz menafikan kenyataan Fara Roslan dan dakwaan yang tersebar di laman sosial mengatakan dia sukar dihubungi untuk bertemu anak kedua mereka, Ibrahim.
Dua Helikopter Terhempas Ketika Raptai Di Pangkalan TLDM Lumut
Dua helikopter dilaporkan terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, pada Selasa.
3 Bulan Tak Dapat Jumpa Anak Kedua, Isteri Ippo Hafiz Ada Bukti Sukar Dihubungi - “Kalau Dia Jaga & Tiada Masalah, Kenapa Saya…”
Isteri kepada penyanyi Ippo Hafiz iaitu Fara Roslan mendedahkan dia tidak dapat bertemu dengan anak keduanya, Ibrahim sejak bulan Februari lalu.