Penerbit dan pengarah terkenal, Michael Ang, 44, akui telah mendesak ibunya yang berusia 93 tahun untuk mengambil suntikan vaksin.

Menurut Michael, dia dan adik beradik telah sepakat untuk berusaha menjaga ibu tersayang daripada virus Covid-19.

"Ibu saya umur 93 tahun dan ya kita adik beradik paksa dia ambik vaksin!

"Kepada artis yang tanya kenapa kita nak paksa orang tua kita pergi ambil vaksin ini sebab kami sayang dia (ibu).

"Kita akan buat apa saja untuk melindungi orang yang kita sayang! Faham ke tak oh artis bijaksana!" tulisnya menerusi sebuah hantaran di Instagram (IG).



Tambah pengarah drama Love Elsa, dia tidak peduli sekiranya selebriti berkenaan enggan mengambil vaksin kerana ia terpulang atas diri masing-masing.

Namun, apa yang membuatkan dia berasa bengang apabila individu tersebut mempersoalkan tujuan warga emas divaksin.

"Kau tak nak vaksin atau tak nak vaksinkan orang tua kau itu hak kau. Tapi apa hak kau untuk persoalkan kita yang nak lindungi orang yang kita sayang!

"Kalau tak nak vaksin duduk diam-diam tak payah nak buat kenyataan bodoh! Pakai otak sebelum bercakap!" tulisnya lagi.

Walaupun status tersebut tidak menyebut nama sesiapa, namun rata-rata netizen dapat mengagak ia ditujukan kepada aktres Rita Rudaini.

Terdahulu, Rita meluahkan ketidakpuasan hati menerusi Instagram Stories apabila ada warga emas dipaksa untuk menerima suntikan vaksin sehinggakan perlu diangkat dan di sorong di atas kerusi roda.

BACA: “Tak Payah Risikokan Mak Pak Hangpa” - Tak Setuju Warga Emas Dipaksa Ambil Vaksin, Netizen ‘Cancel’ Rita Rudaini