Pengacara dan penyampai radio, Deen memaklumkan hampir seluruh ahli keluarganya di Miri, Sarawak disahkan positif Covid-19.

Deena tau nama sebenarnya Nordin Madian, 31, berkata dia paling risaukan kesihatan ibu dan bapanya yang sudah meningkat usia.

“Minta semua mendoakan kesihatan ahli keluarga saya di Miri Sarawak.

“Selepas adik perempuan saya positif Covid-19 pada Khamis lepas, kemudian Mak, Ayah, Kakak, Adik Bongsu dan seorang anak buah saya juga disahkan positif covid-19.

“Mereka semua duduk serumah. Paling saya risau mak ayah saya. Minta semua doakan ya,” katanya.

Deen berkongsi berita sedih dan mengejutkan itu di akaun Instagram mililknya.

Menerusi entri yang sama, Deen meluahkan rasa kebimbangannya terhadap semua ahli keluarganya.

Kemas kini tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut bersimpati dengan nasib keluarga Deen serta mendoakan ia dipermudahkan.

A post shared by deen (@deen_hotfm)