Penyampai radio ERA, Munaa Bella mempunyai kenangan tersendiri ketika menyambut hari kebangsaan suatu ketika dahulu.

Mengenang kembali memori lalu, Munaa berkata dia amat menyukai melihat perarakan hari kebangsaan dan juga mengibarkan Jalur Gemilang.

“Saya suka tengok orang berarak dan yang paling buatkan saya lebih teruja adalah kibarkan bendera dalam kereta.

“Tidak dilupakan juga menghias kereta dengan bendera. Zaman sekarang macam tak ramai sangat orang yang buat,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Munaa juga turut teruja berkongsi ragam pendengar ERA yang mempunyai semangat kenegaraan.

“Masa saya sedang on air ada seorang pendengar ERA telah menghantar satu video kepada kami menerusi aplikasi WhatsApp ERA.

“Video itu meramkamkan budak-budak tengah menyanyikan lagu kemerdekaan sambil memegang Jalur Gemilang.

“Pada ketika itu saya rasa macam benda seperti itu harus dilakukan kembali. Lagi-lagi kalau lalu tol, pasti akan dapat bendera percuma, seronoknya,” ujarnya.

Jangan lupa dengarkan Munaa di segmen ERATHON, dalam slot Hanguko ERA, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10 pagi.

Untuk dengarkan lagu-lagu Korea pula, peminat ERA boleh dengarkan Hallyu ERA, setiap Sabtu dan Ahad, jam 11 malam di ERA.