#dontrushchallenge sememangnya sedang menjadi tren di media sosial ketika ini.

Tidak ketinggalan, hos popular Sherry Alhadad turut memuatnaik sepotong video #dontrushchallenge versinya sendiri di Instagram.

Video tersebut mencuit hati ramai kerana Sherry menyelitkan unsur jenaka apabila 'bertukar' menjadi aktres Anzalna selepas meletakkan berus mekap di kamera.

"Dah berapa hari dah aku tunggu berus tak jatuh-jatuh ni, kata Whatsapp semalam jatuh hari ni," kata Sherry sebelum berus mekap jatuh keatasnya dalam video itu.

Ruangan komen entri itu dipenuhi reaksi para pengikut yang terhibur melihat gelagat Sherry.

Malah, Anzalna sendiri turut meninggalkan komen.

"Hahaha! Pinjam berus tu kejap nak tengok bertukar jadi apa," tulis Anzalna.

"Paling win!" tulis seorang warganet.

"Challenge ni paling win! Yang lain boleh balik," tulis pengikut Sherry yang lain.





I love u Anzel ? #dontrushchallenge berus ajaib

A post shared by sherry_alhadad (@sherry_alhadad) on


Sekadar info, Sherry yang terkenal dengan unsur jenaka itu mulai aktif di industri hiburan pada sekitar tahun 2006 dan berjaya membina populariti sehingga kini.