Hiburan
"Pamer Pesona Kampung Dan Budaya Malaysia" - Muzik Video Terbaru Yuna, Forevermore Dipuji Tourism Malaysia
Jika anda sudah menonton video muzik terbaru penyanyi Yuna iaitu 'Forevermore' pastinya anda kagum dengan kualiti yang ditampilkan.
Padat dengan elemen budaya tempatan selain menampilkan sinematografi yang cantik. Malah ia begitu cantik sehingga mengingatkan kepada video promo pelancongan Malaysia.
Seperti yang dijangka, tidak sampai beberapa hari ia dilancarkan di YouTube, ia telah pun mendapat perhatian pihak pelancongan Malaysia sendiri.
Menerusi satu tweet, Tourism Malaysia menyatakan video klip Yuna mempamerkan pesona kampong lama dan juga kebudayaan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Yuna showcasing the old school charm of kampungs as well as the vibrance of Malaysia's multiracial culture in new music video #forevermore.
Enjoy ?. #malaysiatrulyasia #thisismalaysia #cuticutimalaysia #VisitMalaysia2020 #VM2020 pic.twitter.com/de8M6oiWai— Malaysia Truly Asia (@TourismMalaysia) April 6, 2019
Yuna sebelum ini menjelaskan dia telah memilih Kuala Lumpur dan Perlis sebagai destinasi melakukan penggambaran muzik videonya.
Katanya, dia memilih negeri Perlis sebagai salah satu tempat untuk muzik videonya kerana pernah tinggal dan bersekolah di sana selama lima atau enam tahun.
"Saya habiskan tempoh bersekolah peringkat menengah di Perlis. Saya boleh katakan itu antara pengalaman terbaik dalam hidup saya,", katanya.
Must-Watch Video