Anak kepada pelakon Tya Arifin dan Asyraf Khalid , Arif Jiwa mencuri tumpuan netizen apabila menyanyikan lagu Anta Permana, nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Gelagat comel Arif itu dikongsi menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram @arifjiwaasyraf.

"Arif memang suka lagu Umi Ti @ctdk," tulis ringkas di ruangan kapsyen.

Dalam video tersebut, Arif mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan kemudian menyanyikan lagu nenek tirinya itu.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur dan memuji kecomelan Arif.

"Pandai betul nyanyi lagu Mak Iti.

"Arif, pandainya...sayang sangat!

"Eee budak ni geramnya,"
tulis netizen.

Arif memang suka lagu Umi Ti @ctdk ?? . Nak tengok full cover Arif nyanyi di hari raya ? Ke Youtube Channel “Tya Arifin” atau klik link on bio. Di subscribe juga ye UncleOnty?

A post shared by Arif Jiwa Asyraf (@arifjiwaasyraf) on


Untuk rekod, Tya dan Asyraf mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iatu Arif dan adiknya, Azzahra Jiwa Asyraf.