Hiburan

"Panggil El Macam Biasa" - Elvina Lebih Selesa Tak Dipanggil Datin

gempak
Amri Hassan
21/03/2018
05:43 MYT
Sponsor Banner
"Panggil El Macam Biasa" - Elvina Lebih Selesa Tak Dipanggil Datin
Pelakon muda Datin Elvina Mohamad menegaskan dia masih individu sama walaupun bergelar isteri kepada jejaka berpangkat Datuk.
Jelas Elvina, dia juga masih selesa disapa dengan panggilan namanya berbanding gelaran Datin.
"Saya masih Elvina yang sama, orang masih panggil saya El macam sediakala.
"Melainkan saya perlu menghadiri acara rasmi bersama suami saya yang memerlukan saya menggunakan gelara itu," katanya kepada Astro Gempak.
Elvina, 23, telah selamat mendirikan rumah tangga bersama usahawan sukan permotoran, Datuk Haniff Borhan, 32, di sebuah acara tertutup pada 18 Mac lalu.
Pasangan ini dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Masjid Al-Syakirin KLCC, Mohd Radhi Abdul Ghani sambil disaksikan keluarga kedua-dua belah pihak.
Dalam perkembangan lain, Elvina bakal memulakan penggambaran sebuah drama bersiri Bila Tuhan Berbisik Cinta lima hari selepas resepsi.
Elvina dan Haniff akan diraikan dalam satu majlis resepsi di lokasi yang sama pada 24 Mac depan.
Teks oleh: Amri Hassan Foto: IG @elvinamohamad
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024