HIBURAN
Kak Ani Menangis, Sujud Syukur... Batal Niat Tutup Kilang Muruku - "Hampir Jatuh Terduduk, Datang Rezeki Ini"
Berdepan dengan kerugian lebih sejuta ringgit, penyanyi Noraniza Idris menghela nafas lega apabila kilang makanan ringan muruku Che Ani Premium yang hampir ditutup dapat terus beroperasi.
Jelas Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani, 57, umpama pelangi selepas hujan, pihaknya menerima tempahan pukal daripada pasaraya Mydin baru-baru ini.
"Selepas hampir jatuh terduduk apabila kilang juga hampir dihentikan kilang akibat isu hutang tidak dilunaskan, tiba-tiba produk saya ditawarkan untuk dijual di Mydin. Ini merupakan rezeki yang luar biasa.
"Saya anggap ini juga peluang untuk memulakan langkah baharu dalam perniagaan. Insya-Allah saya akan cuba tunaikan amanah ini dengan sebaik mungkin.
"Ketika Mydin bersetuju produk makanan kudapan syarikat saya berada di rangkaian mereka, kami sekeluarga sujud syukur atas rezeki kurniaan Allah ini,” katanya kepada Gempak.
Kak Ani ditemui selepas pelancaran kerjasama produk Che Ani Premium bersama Mydin yang turut di hadiri oleh Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
_1.jpg)
Kak Ani juga telah menambahkan bilangan kakitangan seramai 32 orang di kilangnya bagi menyiapkan tempahan selain menggerakkan operasi pengeluaran 24 jam sehari.
Sebelum ini, perniagaan Noraniza berdepan dugaan apabila mendakwa dirinya menjadi mangsa penipuan yang membuatkannya mengajukan laporan polis pada 4 Mac lalu.
BERITA TRENDING: Anggaran Rugi RM630,000, Kak Ani Buat Laporan Polis Dakwa Dianiaya
BERITA TRENDING: Kes Penganiayaan Bisnes Muruku Beri Impak Pada Gaji Pekerja, Noraniza Idris Terpaksa Keluarkan Wang Peribadi Demi Selesaikan Masalah
Laporan terhadap akademi berkenaan berkaitan kerugian ditanggung syarikatnya yang mencecah RM630,000.Malah Noraniza turut mendedahkan terpaksa merehatkan 20 orang pekerja kerana tidak mampu membayar gaji mereka.
Must-Watch Video