,
Laman Utama

"Panggil Saya Amir Disko"- Keluar Dari Zon Selesa, Amir Hasan Ambil Risiko Pertaruh Genre Baharu Dalam Cuma Kamu

Syafiqah Jalal
05/03/2023
10:00 MYT
Penyanyi Amir Hasan, 26, keluar dari zon selesa apabila mempertaruhkan genre lagu baharu dalam singlenya Cuma Kamu.
Berbeza dari sebelum ini, pemilik nama lengkap Amir Abu Hasan itu berkata teruja apabila diberi peluang menyampaikan lagu itu dalam genre retro.
“Genre lagu ini betul-betul berbeza. Saya rasa di Malaysia sekarang ini jarang ada lagu yang bergenre retro atau disko seperti ‘Cuma Kamu’. Ia sangat sesuai untuk memberi perasaan dilamun cinta.
“Pihak Sony Music Malaysia menghubungi saya dan menawarkan lagu yang merupakan runut bunyi rasmi (OST) bagi drama bersiri ‘Gadis EXXtra’ di Astro.
"Setelah mendengarkan demo, saya sangat teruja dan jatuh cinta dengan melodi dan keseluruhan lagu,” katanya.
Bercakap tentang kerjasama dengan penulis lirik dan produser Cuma Kamu iaitu Farouk Roman, Amir yakin dengan sentuhan dan hasil kerja beliau.
"Saya dah mengenali Farouk selama empat tahun, kami sering berdiskusi tentang rancangan untuk bekerjasama, Alhamdulillah akhirnya hasrat kami tercapai.
"Lagu ini adalah kali pertama yang tiada pelibatan saya dalam menulis lirik dan saya memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada produser, Farouk Roman. Beliau juga sangat memahami saya dan mudah untuk bekerjasama dengan beliau," ujarnya.
Amir juga kongsikan pengalaman beliau semasa sesi rakaman lagu berkenaan dan mengambarkan sesi tersebut berjalan dengan lancar, manakan tidak, Farouk Roman sememangnya dikenali komposer yang profesional.
“Alhamdulilah dalam proses menghasilkan lagu Cuma Kamu dengan produser Farouk Roman. Selain itu, saya akui telah mengambil masa sekitar dua minggu untuk mendalami dan menghayati tetang konsep aliran lagu itu agar saya dapat menyampaikan lagu ini dari hati," katanya lagi.
Justeru, Amir berharap agar lagu Cuma Kamu itu mendapat diterima dan mendapat sokongan daripada peminat dan pendengar di luar sana.
"Saya juga berharap agar lagu ini menjadi batu loncatan untuk saya lebih mara dalam kerjaya, manalah tahu nanti ada orang yang panggil saya 'Amir Disko' atau 'Amir Retro' kerana menyanyikan lagu berkonsepkan orang lama," selorohnya menutup bicara.
Menerusi lagu Cuma Kamu telah membuktikan bahawa Amir Hasan mencabar beliau dari zon selesa kerana berjaya tampil dengan genre yang berbeza dari sebelum ini.
Lagu Cuma Kamu boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Saya Sendiri Rasai Pengalaman" - Ella Puji Rawatan Hormon Skyhill Clinic, Tak Mustahil Diiktiraf Malaysia Book Of Records!

gempak
23/10/2024
18:30 MYT
Penyanyi Ella berkongsi pengalamannya menjaga dan melakukan rawatan hormon di Skyhill Clinic sejak beberapa tahun lalu.
Nusantara

Bekas Vokalis Nidji, Giring Dilantik Timbalan Menteri Kebudayaan Indonesia

gempak
22/10/2024
23:50 MYT
Bekas penyanyi Nidji iaitu Giring Ganesha dilantik sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan dalam Kabinet Merah Putih di bawah pimpinan Presiden Prabowo Subianto.
Hiburan

"Habis GV9 Saya Balik Ke Singapura..." - Hazrul Nizam Lancar Lagu Rawan Selepas 21 Tahun Tanpa Lagu Solo

gempak
22/10/2024
15:55 MYT
Penyanyi Hazrul Nizam mengambil keputusan tampil dengan single baharu selepas kali terakhir membawakan lagu Kaulah Segalanya kira-kira 21 tahun lalu.
Hiburan

30 Tahun Bersama, A.C.A.B Bakal Perform 37 Lagu Pada Konsert Bring Back The Bootboys! - "Selepas Ini Kami Dengan Haluan Masing-Masing"

gempak
22/10/2024
14:55 MYT
Kumpulan muzik underground tempatan, A.C.A.B akan tampil dengan persembahan pentas terakhir mereka Bring Back The Bootboys pada Disember ini serentak dengan ulangtahun ke-30.
Hiburan

Bunga Isme Mengaku Sudah Berkahwin Pada Tahun Lepas! - "Alhamdulillah, Kami ..."

gempak
22/10/2024
09:37 MYT
Penyanyi rap, Bunga Isme, akhirnya mengaku telah mendirikan rumah tangga bersama komposer dan penulis lirik Amzar Sabri.
BorakSeeni