Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Panic Buying, Rosyam Nor Terpaksa Sekat Kemasukan Pelanggan Di Pasaraya Miliknya

Mya Amri
17/03/2020 08:01 MYT
Pelakon dan usahawan Datuk Rosyam Nor terpaksa menyekat kemasukan pelanggan di pasaraya miliknya semalam.

Menurut Rosyam tindakan itu terpaksa diambil berikutan pembelian panik yang dilakukan oleh orang ramai susulan berita mengenai kononnya kerajaan bakal mengumumkan perintah berkurung atau lockdown.

Rosyam memaklumkan perkara itu menerusi video pendek di akaun Instagramnnya.

“Saya tahu semua tiba-tiba jadi panik dan datang beramai-ramai, saya harap anda semua boleh bersabar kerana dalam pasaraya dah penuh.

“Kalau kita bagi semua orang masuk akan jadi lagi padat dan akan menyebabkan kesukaran untuk membeli barang nanti jadi kelam-kabut.

“Minta maaah sebab keadaan dah jadi macam ni jadi kami terpaksa tahan orang dekat luar supaya tak masuk dalam agar tidak menjadi terlalu padat,” katanya.
View this post on Instagram

Mohon maaf pihak saya terpaksa buat sekatan kemasukkan pelanggan

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam) on


Terdahulu, penyebaran berita palsu di media sosial mengenai perintah berkurung menjadi tular.

BACA: Jangan Panik Tak Tentu Fasal, Kalau Tidak Inilah Yang Jadi!

Keadaan itu menyebabkan orang ramai bertindak membeli barang-barang keperluan harian dalam jumlah yang banyak sebagai persiapan antaranya beras, mi segera, sardin, tepung dan cecair pembasmi kuman.
#pelakon #Rosyam Nor #Pelakon #COVID-19