Hiburan
"Panjang Pun Seksi" - Isu Gunting Rambut, Kaum Wanita Mahu Lelaki Tiru Gaya Ben Amir?
Pelakon Ben Amir turut terpalit dalam isu kedai gunting rambut apabila ramai netizen menyarankan supaya kaum lelaki mengikuti gaya rambutnya.
Rata-rata netizen menganggap lelaki juga boleh kelihatan segak dan bergaya biarpun berambut panjang.
Malah, pedebatan berkenaan juga turut menarik perhatian Ben Amir sendiri apabila membuat satu posting di Twitter.
"Bila lagi nak cuba kan? Biarkan panjang asalkan kemas #DontCutYourHairChallange," katanya.
Posting berkenaan kemudian menarik ramai netizen yang memberikan pandangan khususnya kaum wanita.
Kebanyakan mereka lebih memilih untuk lelaki berambut panjang berbanding botak.
Namun, tidak kurang juga yang menganggap hanya Ben Amir saja yang kelihatan kacak jika berambut panjang.
Anda boleh lihat antara komen menarik mereka.
Untuk rekod, menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga, kerajaan sebelum ini telah membenarkan kedai gunting rambut beroperasi.
Namun isu premis ini menjadi 'hangat' apabila netizen melontarkan pandangan dan kebimbangan mereka susulan penularan wabak COVID-19 yang masih belum selesai.
Must-Watch Video