Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Pantang Sembang Mesti Sengih” – Isteri Hafizul Kongsi Pengalaman Jaga Anak Kedua

Mya Amri
13/03/2020 06:34 MYT
Isteri kepada pelakon Hafizul Kamal, Nurul Fariza Ibrahim berkongsi pengalaman menjaga anak keduanya, Sara Erina.

Mieja berkongsi perkara itu menerusi posting terbaru di akaun Instagram peribadi miliknya baru-baru ini.

Menurut Fariza atau lebih mesra dengan panggilan Mieja, menjaga anak kedua lebih senang berbanding yang pertama.

Selain itu, Mieja juga turut berkongsi perkembangan Sara yang kini sudah banyak memberikan reaksi selepas mencecah usia 3 bulan.

“Sara cukup 3 bulan. Alhamdulillah Sara anak yang senang dijaga. Beza sangat jaga anak pertama dengan anak kedua.

“Mungkin sebab ada pengalaman. Sara pun sekarang pantang mummy daddy sembang dengan dia mesti sengih je. Pagi-pagi pulak banyak benda dia nk cakap,” tulisnya

Harini Sara cukup 3 bulan. Alhamdulillah Sara anak yang senang dijaga. Beza sangat jaga anak pertama dengan anak kedua. Mungkin sebab ada experience. Sara pun sekarang pantang mummy daddy sembang dengan dia mesti sengih je. Pepagi pulak banyak benda dia nk cakap ?

A post shared by NURUL FARIZA BINTI IBRAHIM (@mieja_ibrahim) on


Terdahulu, Mieja atau nama sebenarnya Nurul Fariza Ibrahim mendirikan rumah tangga dengan pelakon filem PASKAL The Movie ini pada 13 Februari 2016.

Pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang anak, Raisya Amanda pada 25 Oktober 2017 manakala Sara Erina dilahirkan pada 10 Disember 2019.
#pelakon #Pelakon #Hafizul Kamal #Mieja Ibrahim
;