"Pantang Tengok Laki Orang Elok Sikit, Mula Nak Rampas" - Che Ta Sound Siapa?

Amri Hassan
Julai 13, 2018 07:11 MYT
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan meluahkan rasa geram di akaun Twitter miliknya selepas menerima banyak mesej dari pengikutnya di media sosial yang berkongsi masalah rumah tangga mereka.

Org pompuan ni pantang tgk laki org elok sikit, cepat ja dia nak qentap,, Tapi hat jantan tu pun jenis gatai .. adoiiii .. . qamai sgt yg dok dm kami cqita pasai qumah tangga depa.. mcm kita ni menteri pembangunan wanita plk ? pic.twitter.com/TKs60FHuJw

— Rozita Che Wan Official (@rozitachewan1) July 11, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Orang perempuan ni pantang tengok laki orang elok sikit, cepat ja dia nak qentap (rampas).
"Tapi yang jantan tu pun jenis gatal. Adoi! Ramai sangat yang duk DM kami cerita pasal rumah tangga depa... Macam kita ni Menteri Pembangunan Wanita pula," tulis Che Ta.
Entri yang ditulis Che Ta itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pandangan pelakon cantik itu.
Isteri kepada pelakon Zain Saidin sebelum ini pernah menyuarakan pandangan tentang isu poligami dan wanita yang merampas suami orang.
Teks Oleh: Noor Zulaikha Yusof
Foto: @rozitachewan1
Sumber: Twitter
#pelakon #Rozita Che Wan #Pelakon