Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Pantas! Netizen Puji Pasukan Bomba Sampai Ke Lokasi Kebakaran Kurang Dari 10 Minit - “Saya Sangat Kagum Dengan…”

Asyraf Roslan
07/09/2024 02:55 MYT
Selepas tular di perbarisan Hari Kebangsaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sekali lagi mendapat perhatian rakyat Malaysia apabila tiba di lokasi kebakaran dalam masa yang singkat.

Menerusi video yang dikongsikan @cymfvlkrum dilaman TikTok dia sangat kagum dengan tindakan pasukan bomba yang tiba dilokasi kebakaran kurang daripada 10 minit.

“Saya sangat kagum dengan pasukan bomba Malaysia, saya sangat terharu dengan tindakan pantas mereka.

“Selepas saya nampak kebakaran itu saya terus hubungi mereka (bomba) dan tak sampai 10 minit saya mereka dah sampai dekat sini.

“Abang bomba, kakak bomba anda sangat hebat, lots of love of you guys,” ujar @cymfvlkrum menerusi video di Tiktoknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Ada Pick Up Line, No Hal! Kali Ini Abang Bomba Upgrade, Beri Gula-Gula Lolipop Sebagai Hadiah Buat Pengunjung

ARTIKEL BERKAITAN: Tanah Jerlus Masjid India: 'Kami Tidak Akan Mengalah' - JBPM

ARTIKEL BERKAITAN: 7 Jam Bomba Bantu Cari iPhone Wanita Jatuh Celah Batu


Meninjau diruangan komen pula, ramai yang turut bersetuju dengan kenyataan @cymfvlkrum dan turut memuji pasukan JBPM.

Another reason to love our bombas ???- kata @NunuInTheGarden

Abggggg bomba efficient ?- @HazmiraAs

Haritu kondo kawasan rumah saya terbakar, memang laju bomba datang sekelip mata? - @HEY❗️APACHE


Pada masa sama, ada antara mereka yang memberi pujian kepada pemandu-pemandu di Malaysia yang memberi laluan kepada pasukan keselamatan seperti bomba atau ambulance untuk sampai ke lokasi kejadian tepat pada waktunya.


“I rasa untuk sampai sana banyak pemandu kita beri laluan, one thing we proud as Malaysian kami memang utamakan bomba,ambulan dan polis semua kereta akan ketepi thats banyak boleh sampai cepat,” ujar @justyaya di ruangan komen.


Setakat artikle ini ditulis video tersebut telah mendapat tontonan sebanyak lebih 300,000.

undefined
#Kebakaran #Tular #Bomba