“Papa, Mama Tetap Anggap Sarah Menantu Kami” - Puteri Sarah Kongsi Mesej Daripada Yusof Haslam
Asyikin Mayudin
31/10/2023 02:55 MYT
31/10/2023 02:55 MYT
Umum mengetahui mengenai hubungan rapat antara pelakon Puteri Sarah Liyana dengan ibu bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah.
Terbaharu, Sarah menerusi Instastory miliknya berkongsi paparan skrin mesej daripada Yusof yang memberi pesanan kepadanya agar untuk sentiasa menjaga kesihatan.
“Papa, mama tetap anggap Sarah menantu kami… kuatkan semangat. Jangan kerja kuat sangat, jaga kesihatan, jangan stres sangat, bahaya pada kesihatan,” pesan Yusof.
Berita Trending:
Berita Trending:
"Nama Dia Disebut Kerana..."- Ini Jawapan Syamsul Yusof Tentang Ira Kazar, Akui Masih Sayangkan Puteri Sarah | Gempak
Membalas mesej itu, Sarah memberitahu dia pernah mengalami demam yang sangat teruk selama lima hari selepas selesai Teater Muzikal Kanak-kanak : Pak Pandir & Labu Ajaib.
Merindui ibu dan bapa mentuanya, bekas isteri kepada pengarah Syamsul Yusof ini juga mendoakan orang tuanya itu dalam keadaan baik serta dipermudah segala urusan.
Berita Trending:
Berita Trending:
Fail Cerai, Maknanya Benarkan Ira Kazar Miliki Syamsul ...
“Rindu papa dan mama. Maaf Sarah sibuk kerja. Ya Allah, jagakan kedua ibu bapa mentuaku. Semoga diberikan afiyah dan dipermudahkan segala urusan mereka,” kata Sarah.
Untuk info, Sarah pernah berkahwin dengan pengarah dan pelakon terkenal Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Berita Trending:
Berita Trending:
“Saya Tak Pasti Ibu & Ayah Dah Jumpa Ira Kazar Atau Belum” - Syafiq Yusof | Gempak
Pada 14 Jun lalu, kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul akhirnya menemui tiktik noktah apabila disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Berita Trending: