Pelakon Eyra Hazali memberitahu dia dan Haziq Nadzli bakal menimang cahaya mata lelaki pada Ogos nanti.

Kata Eyra, Haziq menjadi individu paling gembira apabila mendapat tahu jantina bayi yang dikandung Eyra.

"It’s a boy! Alhamdulillah, mama and papa can’t wait to meet you! Papa paling excited sebab ada geng sampai baju tu custom made.

"I’m still your baby girl okay @haziqnadzli #30weekspregnant,” kata Eyra.

It’s a boy ! Alhamdulillah,Mama and Papa cant wait to meet you ! ? *Papa paling excited sebab ada geng sampai baju tu custom made ? . Im still your Baby girl okay @haziqnadzli ? #30weekspregnant

A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali) on


Perkongsian Eyra itu dihujani ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat setia pasangan berkenaan.

"Alahai adik, tahniah. Pemain bola sepak juga tu nanti," kata Siti Elizad.

"Tahniah! Bakal team bola sepak tu," tambah peminat Eyra.

"Tak sabar nak tengok baby keluar," sahut pengguna lain.

Eyra dan Haziq yang merupakan pemain bola sepak kebangsaan itu berkahwin pada 1 November 2019 selepas dua tahun berkenalan.