Kesukaran mempromosikan album terbaharunya, RASA tidak mematahkan semangat juang pesohor Datuk Ramli Sarip.

Jika kebanyakan penghibur hanya melakukan konsert di sebuah lokasi, figura yang diberi jolokan Papa Rock ini mengambil langkah lebih besar dan berani apabila melakukan konsert jelajah.

Dalam jangka Konsert Jelajah Ramli Sarip 2022 Cinta Di Sebalik Musim, beliau akan menyapa dan bertemu peminat setianya di enam lokasi terpilih untuk melakukan persembahan secara konsert serta di beberapa lokasi ia dibuat dalam suasana persembahan amal.

Akan dimulakan pada Oktober depan, Ramli siap menemui peminatnya di lapan lokasi ini ; Johor Bahru (7 Oktober), Melaka (14 Oktober), Kuala Lumpur (29 Oktober), Sabah (12 November), Sarawak (20 November) dan Kelantan (25 & 26 November).

Berkongsi keterujaan mengenai konsert yang bakal dijayakannya itu, Ramli memaklumkan beliau juga tidak keseorangan apabila persembahannya itu nanti turut ditemani artis undangan iaitu Datuk Nash dan Man Keedal (KL) Dayang Nurfaizah (Sabah) dan Kamrulbahrin Husin (Kelantan).

“Kadang-kadang ada penganjur yang mahukan artis jemputan untuk menyerikan lagi konsert saya itu dan perkara itu tak jadi masalah buat saya.

“Dan tak salah rasanya untuk mereka sama-sama meraikan dan secara tidak langsung dapat juga saya berkongsi rezeki dengan mereka.

“Kehadiran mereka ini juga dapat menambah warna dalam konsert itu. Lagipun mereka yang diundang ini masing-masing mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

“Nash dan Man Keedal sudah sebati dengan muzik saya kerana saya pernah mencipta lagu untuk mereka. Dayang pula sejak dari dulu lagi saya sudah nampak ciri-ciri kemelayuan dalam dirinya dan kita pun pernah bekerjasama,” ujar Ramli.

Elemen wayang kulit di Kelantan

Sementara di Kelantan pula, Ramli membawa penyanyi tradisional iaitu Kamrulbahrin.

“Di Kelantan, saya mengundang penyanyi tradisional iaitu Kamrulbahrin yang boleh menerapkan elemen budaya seperti wayang kulit dalam persembahan,” katanya.

Mengulas konsep persembahan, penyanyi kelahiran Singapura ini menjanjikan kelainan dalam setiap lokasi yang bakal disinggahinya.

“Tak semua tempat persembahannya sama. Apa yang boleh saya beritahu, persamaannya hanyalah 70 peratus sahaja manakala 30 peratus lagi bergantung kepada situasi.

“Selera penonton berbeza-beza kerana ada yang suka muzik yang keras, ada yang lebih menyukai tradisional dan tak kurang pula yang gemar genre puisi.

“Walau apapun yang mereka suka, terasnya sudah tentu muzik rock, Budaya pop perlu ada,” ujar penyanyi lagu Perjalanan Hidup ini.

Hadiahkan emas

Sempena penganjuran Konsert Jelajah Ramli Sarip 2022- Cinta Disebalik Musim dan juga sebagai apresiasi terhadap bekas vokalis kumpulan Sweet Charity itu, pihak Silver Gold Collector Club Official Empire (SGCC) & NINOX IDEA akan berkolaborasi bersama RASA KARYA untuk menghasilkan set komemoratif emas Ramli Sarip Set komemoratif emas Ramli Sarip ini akan didatangkan dengan satu unit bar emas seberat 0.5 gram (ketulenan 999.9) dan akan disertakan sekali dengan album Rasa dalam bentuk edisi tehad.

Untuk peminat Ramli Sarip, jangan lepaskan peluang untuk memilikinya kerana edisi ini hanya ada 500 set sahaja.

Maklumat lanjut mengenai Set Komemoratif Emas Ramli Sarip ini boleh didapati di seluruh saluran media sosial rasmi Ramli Sarip.

Sebagai penghargaan kepada peminat yang tidak pernah jemu memberi sokongan, mereka yang membeli cakera padat (CD) dan vinyl album rasa mendapat diskaun menarik hanya dengan menunjukkan tiket konsert di kaunter merchandising.

Tiket untuk menyaksikan konsert boleh didapati dengan melayari laman web
www.ilassotickets.com

TARIKH-TARIKH KONSERT JELAJAH:

JOHOR (KONSERT)
Tempat: Persada Johor
Tarikh: Jumaat, 7 Okt 2022
Masa: 8.45mlm
Tiket: www.ilassotickets.com
Harga: RM380.00/RM280.00/RM188.00

MELAKA (KONSERT)
Tempat: LaCrista Hotel Tarikh: Jumaat, 14 Okt 2022 Masa: 8.45mlm
Tiket: www.ilassotickets.com Harga: RM385.00/RM205.00

KUALA LUMPUR (KONSERT) Tempat: Zepp Kuala Lumpur Tarikh: Sabtu, 29 Okt 2022 Masa: 8.45mlm
Tiket: www.ilassotickets.com
Harga: RM450.00/RM350.00/RM300.00 VIP BOX: RM6,000.00 untuk 6 orang Untuk VIP Box boleh di dapati dari
Rasa Karya Sdn Bhd: 013 2633938
INT X GROUP Sdn Bhd: 019 3017778

SABAH (CHARITY DINNER)
Tempat: Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu Tarikh: Sabtu, 12 Nov 2022
Masa: 8.00mlm
Pertanyaan: 012 8370222

SARAWAK (CHARITY DINNER)
Tempat: Dewan Majma Tunku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kuching
Tarikh: Ahad, 20 Nov 2022
Masa: 8.00mlm
Tiket: RM12,000.00/RM10,000.00/RM8,000.00/RM6,000.00/ RM4,000/RM2,000.00 untuk 10 orang semeja
Hubungi: Kurnia 012 8189106 & Ain 014 5970664

KELANTAN (KONSERT & CHARITY DINNER) Tempat: Grand Riverview Hotel, Kota Bahru Tarikh: Jumaat, 25 Nov 2022 (Charity Dinner)
Sabtu, 26 Nov 2022 (Konsert) Masa: 8.30mlm
Tiket: www.ilassotickets.com RM348.00/RM308.00/RM258.00/RM108.00 (Konsert)