"Paparazi Palsu Ni Menyedihkan!" - Sharifah Amani Terkilan Video Dirakam Tanpa Kebenaran
ZULHILMI JALIL
13/12/2019 03:19 MYT
13/12/2019 03:19 MYT
Pelakon Sharifah Amani meluahkan rasa terkilannya apabila terdapat pihak tidak bertanggungjawab merakam video memaparkan gelagat dirinya tanpa kebenaran.
Lebih menyedihkan apabila Amani, 33, mendakwa video tersebut kemudian dikongsikan kepada umum sebelum tersebar di laman Twitter.
"Terdapat sebuah video yang menunjukkan reaksi saya terkejut tersebar di Twitter. Video berkenaan diambil secara senyap-senyap tanpa kebenaran saya.
"Pada masa sekarang, saya rasa hal seperti ini agaknya sudah dianggap okay. Merakam orang tanpa kebenaran dan meletakkan apa sahaja kapsyen yang anda suka dan letak di media sosial. Terkilan," tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan aktres filem Motif itu menerusi satu status yang dimuat naik di Twitter miliknya.
Jelas Amani lagi, dia kecewa apabila tindakan ala paparazi tersebut dibuat demi meraih Retweet.
"Saya sangat okay untuk berjumpa dengan orang yang memang ikhlas suka dengan hasil kerja saya dan mahu bergambar atau mahu (merakam) momen bercakap dengan saya. Saya sentiasa berterima kasih dengan mereka.
"Namun, perangai paparazi palsu ini sangat menyedihkanlah. Apa yang orang buat dengan banyak-banyak retweet. Kasihan," ujarnya.
Terdahulu, sebuah video memaparkan reaksi aktres filem Sindiket itu terkejut ketika berada di hadapan kedai menjadi viral.
Difahamkan video tersebut dirakam senyap-senyap oleh individu yang berada berdekatan tanpa pengetahuannya.
Video berkenaan sudah mencecah lebih 6,000 retweets dan dikongsikan dengan pelbagai kapsyen jenaka.
Foto: Instagram Sharifah Amani

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.