Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Parah Dik, Air Je Keluar..." - Issey Cerita Pengalaman Drive Dari Kelantan Ke KL Sewaktu Terkena Cirit Birit!

Kamaruddin Razal
20/06/2019 00:56 MYT
Pengacara dan penyampai radio, Issey Fazlisham bercerita mengenai pengalamannya yang terpaksa memandu dari Kelantan menuju ke Kuala Lumpur ketika keadaan kesihatan tidak mengizinkan.

Mengalami cirit birit, Issey berkongsi perkara tersebut di laman Instagram miliknya.

Penyampai radio Suria FM itu memuat naik foto dirinya memakai kain pelikat ketika hari kejadian.

Ni gambar 2 hari lepas, di kedai ‘Pantai Timur’ Kuala Krai. Singgah beli barang masa otw ke kL. Hari dugaan besar untuk aku. Dimana aku kena drive dari Kelantan ke KL dalam keadaan aku cirit birit. Parah dik. Air jer keluar. Best rupanya drive pakai pelikat kalau keadaan macam ni. Tinggal Selak jer #gengissey #hometownpride

Siaran dikongsi oleh issey (@isseyfazlisham) pada


"Ni gambar 2 hari lepas, di kedai 'Pantai Timur' Kuala Krai. Singgah beli barang masa on the way ke Kuala Lumpur.

"Hari dugaan besar untuk aku. Dimana aku kena drive dari Kelantan ke Kuala Lumpur dalam keadaan aku cirit birit.

"Parah dik. Air jer keluar. Best rupanya drive pakai pelikat kalau keadaan macam ni. Tinggal selak jer," tulis Issey.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat Issey meninggalkan pelbagai reaksi.

Ada yang merasakan pengalaman terbabit sebagai sesuatu yang melucukan, malah ada juga yang menganggap Issey bernasib baik kerana kejadian itu tidak berlaku ketika musim kesesakan jalan raya.

#Issey Fazlisham