Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Paralimpik Olimpik 2024: Nabil, Azad & Radin Taja Percutian Khas Cheah Liek Hou Sempena Kemenangan Pingat Emas

Mya Amri
04/09/2024 08:10 MYT
Penyampai 3 Pagi Era, Nabil, Azad dan Radin berbesar hati menaja percutian khas selama tiga hari dua malam kepada pemenang pingat emas Paralimpik Olimpik Paris 2024, Cheah Liek Hou selepas berjaya menumpaskan lawannya dari Indonesia.

Tanda terima kasih

Tajaan ini merupakan tanda ucapan terima kasih 3 Pagi Era kepada Liek Hou yang sentiasa bersemangat dan tidak mudah menyerah kalah dalam perlawanan badminton di acara suka berprestij itu.

Penyampai 3 Pagi ERA, Azad Jasmin berkata dia dan rakan penyampai yang lain sempat menemuramah Liek Hou yang dia teringin membawa isterinya untuk pergi bercuti.

“Liek Hou memberitahu kami, dia sering sibuk dengan sesi latihan sebelum bertanding di Sukan Paralimpik Olimpik di Paris sehingga tiada masa untuk bercuti dengan isterinya.

“Atas kegusaran itu, saya mewakili 3 Pagi ERA berbesar hati untuk menaja percutian pasangan ini, ia juga sebagai tanda penghargaan kami kepada Liek Hou yang berjaya mengharumkan nama negara di pentas sukan dunia.

“Ini merupakan kali kedua Liek Hou meraih pingat dalam acara badminton persorangan di Sukan Paralimpik, sekaligus beri sumber inspirasi kepada atlit lain agar bersemangat untuk lakukan sesuatu demi negara,” katanya.

Syukur dengan tajaan

Dalam pada itu, Liek Hou bersyukur dengan penerimaan tajaan itu daripada 3 Pagi Era selepas dia meraih kejayaan dalam Sukan Paralimpik Paris 2024.

“Pada mulanya saya terkejut, ingatkan mereka hanya bergurau namun hakikatnya adalah benar dan mereka serius untuk menaja percutian saya.

“Apa-apa pun saya ucapkan ribuan terima kasih kepada 3 Pagi ERA, saya gunakan sebaik-baiknya penajaan percutian itu.

“Buat masa ini, selepas selesai sukan Paralimpik, saya akan berehat untuk beberapa bulan sebelum ke perlawanan seterusnya,” ujarnya ketika ditemubual di studio 3 Pagi ERA.

ARTIKEL PENUH:Guna 'Kabel' Hingga Dapat Bergambar Bersama Lee Zii Jia, Nabil Ahmad Gembira Dapat Sambut Champions Pulang

ARTIKEL PENUH:Astro Shaw Rai Kemenangan Cheah Liek Hou Hadiahkan Pingat Emas Pertama Malaysia, Filem Gold Ditayang Semula Di Pawagam

ARTIKEL PENUH:Cheah Liek Hou Sumbang Emas Pertama, Michael Ang Harap Atlet Para Negara Terima Habuan Sama Rata - “Jangan La Anak Tirikan Diorang…”

ARTIKEL PENUH:Paralimpik Paris 2024: Cheah Liek Hou Sumbang Emas Pertama Buat Malaysia

ARTIKEL PENUH: Paralimpik Paris 2024: Liek Hou Terus Catat Kemenangan

Dengarkan 3 Pagi ERA setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 pagi hingga 10 pagi bersama Nabil, Azad dan Radin diproduksikan oleh Anisah Zainal.

Ikuti berita terkini, aktiviti harian dan maklumat terbaru menerusi platform rasmi media sosial ERA.

Raikan Semangat Kontijen Negara di Sukan Paralimpik Paris 2024 Dengan Menonton Filem 'Gold' di saluran pawagam rumah anda, Astro First.

Filem arahan Adrien Teh ini merupakan filem yang diinspirasikan daripada pemenang pingat emas pertama badminton paralimpik dunia dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 iaitu Cheah Liek Hou.

#Nabil Ahmad #Nabil #Radin #Azad #Tajaan #Olimpik #Cheah Liek Hou #Olimpik Paris 2024 #Paralimpik Paris 2024 #Pagi Era