,
Filem

Astro Shaw Rai Kemenangan Cheah Liek Hou Hadiahkan Pingat Emas Pertama Malaysia, Filem Gold Ditayang Semula Di Pawagam

Mya Amri
03/09/2024
08:29 MYT
Jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou berjaya mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas muncul juara menerusi acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), sekali gus menyumbang emas pertama untuk Malaysia tahun ini.

Filem Gold di pawagam

Bagi meraikan kemenangan tersebut, Astro Shaw membawakan kembali filem Gold ke pawagam GSC terpilih mulai Khamis ini, 5 September, untuk tempoh terhad.
Filem itu diinspirasikan daripada kisah Cheah Liek Hou sejak kecil sehinggalah bergelar atlet bertaraf dunia. Pihak Penerbit Astro Shaw, Pengarah Gold, Adrian Teh dan barisan pelakon turut menzahirkan ucapan tahniah buat Liek Hou di atas prestasi yang membanggakan ini.
Penerbit Eksekutif Filem Gold merangkap Ketua Astro Shaw Raja Jastina Raja Arshad berkata, pihaknya amat berbangga dengan perjalanan luar biasa jaguh paralimpik badminton negara itu.
“Tahniah Cheah Liek Hou atas kejayaan ‘gold’ ini. Beliau telah membawa harapan dan impian Malaysia bersama beliau di persada dunia.
“Sebagai rakyat Malaysia, kami amat berbangga dengan perjalanan luar biasa beliau serta semangat yang ditunjukkan. Dedikasi beliau seharusnya menjadi inspirasi kepada kita semua.
“Bagi berkongsi rasa penghargaan ini, kami membawakan semula filem Gold ke pawagam terpilih untuk memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk menghayati kisah kejayaan jaguh dunia ini. Kemenangan ini kita raikan bersama,” ujarnya.

Bangga dengan kemenangan Chea Liek Hou

Dalam pada itu, pengarah Gold, Adrian Teh berkata, dia juga berasa amat bangga dengan kemenangan Chea Liek Hou.

“Juara sekali lagi! Sangat berbangga dengan Cheah Liek Hou. Tahniah di atas pencapaian terhebat dengan meraih emas!” katanya.

Pelakon Jack Tan sebagai watak Cheah Liek Hou dalam filem Gold turut merasakan perkara yang sama
“Gold! Cheah Liek Hou sekali lagi membuktikannya! Tahniah atas satu lagi catatan sejarah telah ditulis.”
Gold ini dibintangi pelakon Jack Tan sebagai Cheah Liek Hou, Farid Kamil sebagai Rashid Sidek, Wan Raja sebagai Misbun Sidek, Fabian Loo sebagai Guan Ting, penyanyi popular sekitar 1990an Freddie Ng, Josiah Hogan, Daniel Cheah, Yasmin Hani, Lynn Lim, Meeki Ng, serta penampilan istimewa Tony Eusoff, Nafiez Zaidi dan Ikhram Juhari.
Filem ini juga kini boleh dilanggan menerusi platform Astro saluran 480 atau On Demand dan Astro GO serta peranti pilihan anda melalui sooka.
Dengan melanggan filem ini pada satu harga iaitu RM16.20 di platform Astro, manakala RM 19.50 di platform penstriman sooka dalam tempoh 48 jam, penonton dapat menyaksikan kesungguhan Liek Hou dan aksi-aksi sukan yang mendebarkan, di samping elemen kekeluargaan dan keharmonian masyarakat.
Gold mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou sejak kecil. Ketika dia berusaha untuk menempatkan namanya dalam arena sukan nasional, beliau didapati menghidap penyakit saraf yang dikenali sebagai Erb’s Palsy.
Kehilangan ayah sebagai penyokong kuatnya juga membuatkan Liek Hou hilang arah. Namun, apabila acara Paralimpik dunia mengiktiraf badminton sebagai sukan yang akan dipertandingkan di Tokyo, Liek Hou bangkit semula dengan bantuan jurulatih dan pemain legenda Malaysia, Rashid Sidek.
Untuk maklumat lanjut dan cara-cara pembelian Astro First di Astro, layari www.support.astro.com.my.
Manakala, muat turun sooka di Apple Store dan Google Play Store (untuk aplikasi mobil) dan Samsung, LG, Xiaomi, & Google/Android TV (versi 8 dan keatas) untuk TV Pintar.
Untuk maklumat lanjut mengenai sooka, layari sooka.my.
Ikuti perkembangan dan info terbaru mengenai Gold di akaun media sosial Astro First dan Astro Shaw seperti Instagram, TikTok, X, Facebook. Gunakan #GoForGold #MYGoldMovie #KitaPastiBoleh
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Sukan

Pearly-Thinaah Juara Terbuka Hong Kong

gempak
15/09/2024
08:10 MYT
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah muncul juara Terbuka Hong setelah menewaskan pilihan kedua dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning secara straight set sebentar tadi.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.
Filem

Baik Punya Ah-Long No 1 Dalam Carta Di Pawagam Selepas Sehari Ditayangkan!

gempak
13/09/2024
02:35 MYT
Filem Baik Punya Ah-Long kini mendominasi carta top 10 filem di pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) selepas sehari ditayangkan di seluruh negara.
Peraduan

Gempak Movie Night Out: Tiket Fans Screening Johor Filem Baik Punya Ah Long

gempak
12/09/2024
03:58 MYT
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!