,
Sukan

Paralimpik Paris 2024: Datuk Latif Romly Bawa Pulang Pingat Perak

Gempak
08/09/2024
00:02 MYT
Hasrat untuk melihat atlet olahraga para negara, Datuk Abdul Latif Romly untuk terus 'terbang tinggi' mempertahankan pingat emas dalam saingan lompat jauh T20 (kecacatan intelektual) di Sukan Paralimpik Paris 2024 tidak kesampaian apabila dia hanya memperoleh perak sebentar tadi.

BERITA TRENDING: ​Sama Cantik Sama Padan! Alhamdulillah, Latif Romly Kini Bergelar Suami

Selepas mengungguli sejak lompatan kedua dengan catatan 7.45 meter (m) Latif terpaksa akur dengan kehebatan atlet Rusia, Matvei Iakushev yang memintasnya pada percubaan terakhir di Stade de France.
Iakushev menghalang Latif daripada melakukan emas hatrik Paralimpik apabila melakukan lompatan 7.51m pada percubaan keenamnya, tatkala atlet kelahiran Perlis itu menyaksikan peluang terakhirnya batal. Kegagalan Latif itu menyaksikan dia tidak mampu menghadiahkan emas ketiga kontinjen negara di Paris dan memadamkan sasaran empat emas tatkala hanya berbaki satu sahaja saingan petang ini melalui atlet powerlifting, Jong Yee Khie.
Gangsa dalam acara berkenaan pula disambar oleh atlet Colombia, Jhon Obando yang melakukan catatan 7.38m. Latif yang memenangi dua emas berturut-turut pada edisi Paralimpik Rio 2016 dan Tokyo 2020 mengakui bahawa Iakushev yang bertanding di bawah bendera Atlet Paralimpik Neutral adalah pencabar utamanya selepas catatan peribadi terbaik musim ini memihak kepada wakil Rusia itu 7.41m, manakala dia pula hanya melakukan 7.30m (Kejohanan Olahraga Para Dunia di Kobe).
Biarpun tidak dapat membawa pulang pingat emas pada edisi kali ini, namun rekod dunia 7.64m yang dilakukan Latif ketika muncul juara di Sukan Para Asia Jakarta-Palembang 2018 masih kekal menjadi miliknya. Selain itu, 7.45m yang dilakukan sebentar tadi adalah menyamai catatan ketika dia memenangi emas di Tokyo 2020.
Sementara itu, dalam aksi yang berlangsung lebih awal, atlet powerlifting negara Nicodemus Manggoi Moses sekadar menamatkan acara lelaki 97 kilogram (kg) di tangga ketujuh dalam kalangan sembilan peserta. Atlet berusia 31 tahun hanya berjaya melakukan angkatan 210kg pada percubaan pertamanya sebelum dua percubaan seterusnya iaitu 220kg dibatalkan.
Pingat emas disambar atlet Jordan Abdelkareem Mohmmad Ahmad Khattab yang melakukan 270kg sekali gus memecahkan rekod dunia miliknya sendiri iaitu 260kg pada kejohanan Piala Dunia 2024 di Tbilisi, Georgia, Jun lepas.

BERITA TRENDING: Latif Romly Terima Gelaran ‘Datuk’ Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan

BERITA TRENDING: ​“Macam Remy Ishak? Tak Kot, Saya Orang Biasa Jer...” - Latif Romly Mahu Dikenali Sebagai Atlet Sukan Paralimpik

BERITA TRENDING: ​​Tempa Nama Di Persada Dunia, Latif Romly Terima Ganjaran RM150,000

Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Suasana Meriah Rai Kepulangan Wira Wirawati Paralimpik Paris 2024

gempak
11/09/2024
07:45 MYT
Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 sekali lagi bergema dengan tepukan gemuruh peminat sukan tanah air ketika menyambut kepulangan barisan atlet para yang menggalas harapan negara di Sukan Paralimpik Paris 2024, malam tadi.
Sukan

Hebat! Wanita Kudung Tangan Raih Perfect 10, Atlet Memanah Paralimpik Ini Curi Perhatian Dunia

gempak
06/09/2024
18:55 MYT
Hebatnya atlet memanah paralimpik India, Sheetal Devi, 17, yang mencuri perhatian dunia apabila berjaya menampilkan persembahan cemerlang dalam Sukan Paralimpik Paris 2024.
Berita

Paralimpik Paris 2024: Yusof Hafizi Pelumba Terbaik Asia

gempak
05/09/2024
03:15 MYT
Pelumba berbasikal lebuh raya para negara Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin menamatkan saingan di tangga kelima daripada 10 pelumba dalam acara ujian masa individu lelaki C1 (kecacatan fizikal) Sukan Paralimpik Paris 2024 pada Rabu.
Filem

Astro Shaw Rai Kemenangan Cheah Liek Hou Hadiahkan Pingat Emas Pertama Malaysia, Filem Gold Ditayang Semula Di Pawagam

gempak
03/09/2024
08:29 MYT
Jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou berjaya mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas muncul juara menerusi acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), sekali gus menyumbang emas pertama untuk Malaysia tahun ini.
Sukan

Paralimpik Paris 2024: Liek Hou Hampiri Pertahan Emas, Fareez Tumpu Penentuan Gangsa

gempak
02/09/2024
03:25 MYT
Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou, hanya selangkah untuk mempertahankan pingat emas apabila mara ke final acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), Sukan Paralimpik Paris 2024 di Arena Porte de La Chapelle awal pagi tadi.