Ibu bapa sepatutnya menjadi golongan yang membantu anak-anak dalam mengharungi cabaran hidup.

Bagaimanapun, lain pula ceritanya bagi seorang individu tidak dikenali yang berkongsi tentang cabaran dia dan adik beradik mempunyai sepasang ibu bapa yang bersifat ‘kaki kikis’ dan boros.

BERITA TRENDING: Asingkan Buatan Malaysia Ikut Negeri, Netizen Puji Kreativiti Pasar Raya Mydin - “Wow Mydin Level Lain”

Menerusi Platform X, individu itu mendedahkan ibu bapanya meminta lebih daripada 50 peratus gaji yang diterima, dan dalam masa yang sama memaksa dia dan adik beradik menambah komitmen bulanan seperti penapis air dan telefon pintar.

“Kitorang adik beradik masing-masing dah tak tahan dengan parents kami. Kami ada yang kerja, ada yang masih sekolah, gaji RM2,500 diorang kawal dan ambil RM2,000.

“Adik I masing-masing kena paksa bagi RM1,000 seorang, gaji mereka RM1,800 je. Duit tu habis tak sampai berapa hari pun. Bukan tu je paksa ambil coway, fon loan sana sini."

Individu itu juga memberitahu ibu bapanya pernah meminta dia untuk membuat pinjaman peribadi sebanyak RM50,000.

“Haritu kena paksa private loan RM50,000 tapi I doa banyak-banyak semoga tak lulus. Alhamdulillah,” kata individu tersebut.

Keluhan itu turut mendapat perhatian ramai di mana rata-rata netizen menyuruh individu itu dan adik beradiknya keluar dari rumah.

“Keluar jelah rumah tu, dah tanggungjawab parents kot besarkan anak,” kata seorang warganet.

“Ramai-ramai keluar rumah lah. Makin teruk pula perangai sesetengah mak bapak ni,” ujar seorang lagi netizen.

Sumber: Platform X