Penantian peminat animasi kini berakhir apabila trailer rasmi ayah kepada BoBoiBoy iaitu Mechamato akhirnya dilancarkan malam semalam.

Mechamato movie merupakan idea asal dari Pengarah Urusan Monsta Mohd Nizam Abd Razak, yang juga merupakan creator dan pengarah filem ini.

Video trailer berdurasi 2.21 minit itu didedahkan menerusi satu posting di Instagram Astro Shaw.

“Jom saksikan Official Trailer Mechamato Movie, ayah BoBoiBoy beraksi.

“Sebuah filem animasi paling dinantikan tahun 2021 dan daripada pencipta filem #BoBoiBoy! Stay tuned gais!

Mechamato Movie berkisarkan pengembaraan seorang pemuda bernama Amato (Ayah kepada BoBoiBoy) yang secara tidak sengaja menjadi pemilik MechaBot, sebuah Power Sphera yang mempunyai kebolehan untuk ‘Mechanize’ dengan objek lain.

“Bersama-sama, mereka boleh bergabung menjadi seorang wira berperisai, Mechamato,” kata pengendali akaun tersebut.

Melihat sambutan hangat dalam kalangan penggemar, Nizam mengatakan saat ini Mechmato Movie masih dalam proses penggarapan.

"Filem ini akan siap tidak lama lagi. Tarikh tayangan juga masih belum dapat diputuskan. Buat masa ini kami perlu melihat keadaan pasaran dan juga kes COVID 19.

"Sejurus selepas kami rasakan pasaran sudah beesedia, kami akan umumkan tarikh tayangan," ujar Nizam melalui satu hantaran di Facebook.

Sementara itu menerusi ruang komen, rata-rata peminat dilihat teruja dengan pendedahan trailer tersebut.

“Goosebumps weh, lain macam dia punya vibe”

“Terbaiah Monsta, trailer pun dah level hollywood”

“Part silat tu buat aku meremang weh” tulis beberapa netizen.

Anda boleh lihat trailer rasmi Mechamato tersebut di bawah :

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)