Anak kepada pelakon Elfira Loy, Muhamad Rayyan Khalaf disahkan mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru selepas menjalani pemeriksaan imbasan sinar-X (x-ray) pada Isnin.

Berkongsi perkara terbabit di Instagram, kata Elfira dia tergerak hati untuk membawa anak sulungnya itu untuk menjalani pemeriksaan selepas kesihatan Rayyan tidak menunjukkan perubahan biarpun telah ke klinik dan hospital lain sebelum ini.

"Hari yang mommy nanti-nantikan, akhirnya terjawab after long on-off sick period.

"Today, mommy tergerak bawak jelah jumpa doktor walaupun macam selesema dan batuk je. So, we went to Andorra buat RTK test, dah clear baru buat x-ray.

"The result came in, with infections at both lungs. Ada phlegm (mukus) pulak, doktor kata memang musim kids kena pneumonia. Ward pun tengah penuh.

"So since Rayyan tak demam, boleh balik monitor kat rumah je lepas 2 kali nebulizer dekat emergency ward tadi. Hopefully akan terus sihatlah," ujar Elfira.



Pesan Elfira kepada wanita agar tidak ragu-ragu untuk melakukan pemeriksaan terhadap kesihatan anak masing-masing di klinik atau hospital berbeza.

"Ini bukan first time kita pegi checkup. Dah pegi hospital and klinik pun baru -baru ni. Nasib baik doktor kat sini nak buat x-ray. So we found out lung infections.

"Kalau tak, memang macam selesema dan batuk je. Mommy memang ada trust issues lah dengan hospital dan klinik mana nak pegi.

"So mommies, if you dont feel good about your babies, just keep trying and go to different places," ujarnya.

Terdahulu, Elfira berkongsi momennya sekeluarga menginap di sebuah hotel di Kuala Lumpur namun terpaksa menangguhkan hajat untuk bersiar-siar memandangkan keadaan anaknya itu tidak mengizinkan.

Selepas membuat pemeriksaan dan rawatan di hospital berkenaan, Elfira dinasihatkan agar melakukan rutin lebih ketat di rumah.

"Sehingga kini, doktor nasihatkan kami untuk tidak keluar ke mana-mana, jangan bawa tetamu, manakala aayah perlu berhenti vaping atau merokok.

"Mommy akan jadi lebih tegas selepas ini. Tidak akan ke lokasi yang adanya individu merokok atau berhampiran dengan perokok," kongsi Elfira.