"Masih sesak nafas bila bangun pagi," demikian perkongsian abang kepada arwah Siti Sarah Raissuddin, Ahmad Firdous yang kini semakin stabil selepas bertarung nyawa dengan virus COVID-19.

BACA: Abang Siti Sarah Masuk ICU, Shuib Mohon Doa - "Baru Dapat Panggilan..."

BACA: "Allahuakbar! Dah Buka Mata" - Shuib Syukur, Abang Siti Sarah Dah Sedar

Biarpun masih lemah, Ahmad Firdous yang mula mengemaskini status Facebooknya sejak 26 Ogos lalu memberitahu masih perlu bergantung pada bantuan oksigen.

"Ramai yang nak tahu keadaan saya sebenar, maaf saya tak dapat balas satu-satu.

"Allah Maha Besar dan saya bersyukur dengan apa yang berlaku.

"Paru-paru kanan saya rosak, paru-paru kiri saya kena sikit di bahagian belakang. Tapi Alhamdulillah saya boleh pulih dengan izin Allah. Ambil masa mungkin tiga hingga empat bulan.

"Saya pakai oksigen pun dah dikurangkan daripada 10 ke 8 sekarang. Syukur sangat," ujarnya.



Ahmad Firdous kini sudah dipindahkan ke Hospital Pantai Bangsar selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang, Selangor sejak awal Ogos lalu.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Firdous memaklumkan dia bakal memulakan rawatan antibiotik untuk terus melawan virus berbahaya itu.

Selepas hampir sebulan dirawat, Ahmad Firdous kelihatan lebih susut berbanding keadaannya sebelum ini.

Tanggal 9 Ogos lalu, kakaknya, penyanyi Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhir di ICU Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia UKM (HCTM) akibat COVID-19.

Allahyarhamah meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan.