Pelawak dan pelakon, Shuib memaklumkan abang iparnya, Ahmad Firdous Raissuddin kini di masukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menurut Shuib, dia baru menerima panggilan tersebut sekitar pagi tadi dan berharap orang ramai dapat mendoakan kesembuhan abang kepada Allahyarhamah Siti Sarah.

“Assalamualaikum semua… Allah Maha besar… Allah Maha kuasa… Baru dapat panggilan abang ipar saya, abang kepada arwah dimasukkan ke ICU.

“Saya mohon mendoakan Ahmad Firdous Raissuddin semoga diberi kesembuhan segera… Amin Ya Rab,” tulisnya dalam hantaran terbaharu di akaun Instagram.

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Semalam dilaporkan abang arwah disahkan positif COVID-19 dan sedanh dirawat di Hospital Serdang Selangor.

Lebih membimbangkan apabila mendapat tahu paras oksigen dalam badannya menurun.

Baca: Abang Siti Sarah Pula Positif COVID-19, Shuib Rayu Doa Ramai, - “Tahap Oksigen Dia Menurun, Saya Fobia!”

Bagaimanapun selepas dirawat, paras oksigen anak sulung kepada penyanyi era 1980-an, Raissuddin Hamzah itu stabil dan dimasukkan ke wad biasa.

Ahmad Firdous dan isteri disahkan positif selepas empat hari keluarga Siti Sarah dijangkiti virus COVID-19.

Sebelum ini, Ahmad Firdaus dan isteri sudah menjalani kuarantin kendiri selama lapan hari di rumah.