Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pasangan Curang, Ini Respons The Gadys - “Itulah, Tak Semua Perempuan Bijak Kan?”

Asyikin Mayudin
18/05/2024 03:55 MYT
Kumpulan The Gadys yang dianggotai oleh Ayunie Rizal, Aznie Azmi dan Thamiera Chan berkongsi pendapat mereka mengenai kecurangan pasangan menerusi podcast Syok baru-baru ini.

Ayunie Akan Beri Banyak Peluang

Apabila ditanya mengenai pasangan yang curang, Ayunie mengakui dia akan memberi banyak peluang biarpun lelaki itu sudah beberapa kali kantoi mempunyai hubungan dengan orang lain juga.

“Kalau I personally I akan bagi dia peluang. Sebab I susah nak sayang orang. Sekali I dah sayang, yang itu saja la I sayang. Kau buatlah apa pun, aku sayang.

“Itulah, tak semua perempuan bijak kan?” kata Ayunie.

Pernah dicurangi lebih 11 kali, Ayunie bagaimanapun berkata dia hanya akan melepaskan lelaki itu selepas berasakan dirinya sudah cukup dikhianati.

“What we can do? Kalau dah cukup sampai masa kita, akan rasa ‘okay ini dah cukup dah’. I dah tak boleh hadap, let go la. Kena tunggu sampai I betul-betul dah cukup.

“I rasa, I kena lebih dari 11 kali dah,”

Aznie Takkan Beri Peluang

Manakala berbeza pula dengan Aznie yang tidak akan memberikan peluang kedua kepada pasangan yang curang memandangkan lelaki itu akan ulang melakukan kesalahan yang sama.

“Takkan bagi peluang. Sebab Macam you cakap, once a cheater, always a cheater. Once a cheater, always a repeater. Jadi, saya rasa, kalau dia sebelum I dah kahwin lagi dia curang, jadi tak kot.

“I sangat choosy… jadi, I takut untuk ulang kesilapan lama. Daripada I ulang, baik I berjaga-jaga dan move foward,” kata Aznie.

Thamiera Sama Seperti Ayunie

Dalam pada itu, Thamiera Chan pula sama seperti Ayunie yang akan memberi peluang sehingga perasaan sayang terhadap pasangannya itu hilang.

“I sama macam Ayunie, I akan bagi peluang dan peluang. Tapi sampai satu tahap I dah tak ada rasa apa. Sebab I kena bagi I ni tak ada rasa apa dulu, baru I boleh lepaskan dia,” ujarnya.

@syoksyoksyok Once a cheater always a cheater, korang setuju dengan Ayunie and Thamiera atau korang setuju dengan Aznie? Nak dengar lagi apa kitaorang borak tentang isi curang ni? Jom dengarkan PomPuan Podcast Untuk Perempuan Sahaja hanya di SYOK! #syok #syokpodcast #pompuan #thegadys #curang #fyp #fypシ @The Gadys @younie @Aznie Azmi @Thamiera Chan ♬ original sound - SYOK


BERITA TRENDING: Panas! Didi Astillah Spill The Tea Lagi - “Masa Bersama Isteri Orang Anak Tiga Dari Terengganu, Itu Apa Pula?”

BERITA TRENDING: Pasca Kecaman, Thamiera The Gadys Tampil Dengan Lipsync Lagu Fujiyama, Netizen Puji - “Kenapa Aku Rasa Sedap Je Eh”

#The Gadys #Thamiera Chan #Ayunie Rizal #Aznie Azmi #Pasangan curang
;