,
Hiburan

Pasangan Hero & Heroin Drama Adaptasi Novel Paling Sweet

Ahmad Shah
16/10/2015
09:22 MYT
Beberapa tahun kebelakangan ini drama-drama adaptasi novel semakin mendapat tempat dihati penonton dan kebanyakan daripadanya ‘meletop’ secara tiba-tiba serta menjadi viral.
Sungguhpun ada yang kurang bersetuju dengan drama adaptasi ini, namun dek kerana sambutan dan ‘rating’ yang memuaskan, beberapa penerbit dan pengarah berlumba-lumba memilih novel terbaik dan mengadaptasi naskah tersebut kepada drama atau filem.
Bukan itu sahaja, pemilihan hero dan heroin juga antara faktor penting untuk memastikan drama yang telah diadaptasi memenuhi citarasa penonton.
Ini kerana, apabila penonton merasakan gandingan pelakon utama tidak serasi dan memenuhi kriteria watak seperti dalam novel, ia akan mengundang amarah pembaca.
Kadang-kadang, pengarah tukar tajuk dan ubah jalan cerita sedikit pun boleh mendatangkan kemarahan para peminat novel tau!
Bagaimanapun, Astro Gempak ketepikan dahulu faktor-faktor lain kerana kali ini kami akan kongsikan kepada anda lima pasangan hero dan heroin drama adaptasi novel yang paling sweet dan sesuai apabila digandingkan bersama.
1) Suamiku Encik Sotong | Sharnaaz Ahmad & Amyra Rosli Drama Suamiku Encik Sotong yang disiarkan di Astro Ria ini menjadi kegilaan dan sebutan ramai kerana gandingan mantap yang ditampilkan oleh Sharnaaz dan Amyra. Penampilan Sharnaaz sebagai lelaki lembut buat pertama kali juga menjadikan drama ini selalu disebut-sebut!
2) Isteri Separuh Masa | Aiman Hakim Ridza & Emma Maembong Pasangan ini sangat comel ketika digandingkan dalam drama adaptasi novel tulisan Suri Ryana sehingga ramai yang menyangkakan Aiman dan Emma benar-benar bercinta di luar set. Ramai penonton gemarkan gandingan dua pelakon baru ini sehinggakan drama bersiri ini disambung sebagai telemovie istimewa sempena Hari Raya tahun ini.
3) Bukan Kerana Aku Tak Cinta | Sharnaaz Ahmad & Nelydia Senrose Boleh dikatakan gandingan pasangan ini paling digemari dan dipersetujui para peminat sehingga timbul kontroversi mengatakan Sharnaaz dan Nelydia dilamun cinta! Ditambah pula dengan watak Jebat yang sangat sesuai dengan Sharnaaz, Nelydia juga pandai memainkan wataknya. Drama ini merupakan adaptasi dari novel Bukan Kerana Aku Tak Cinta karya E-man Sufi. Drama BKATC ini ditayangkan di Astro Mustika HD dan walaupun diulangsiar di Astro Ria, ia tetap ditunggu-tunggu oleh peminat dan penonton setianya.
4) M.A.I.D | Zul Ariffin & Ayda Jebat Kedua-dua pelakon ini mula digandingan dalam drama adaptasi novel tulisan Liyana Zahim berjudul Rindu Awak 200% yang ditayangkan di TV3. Gandingan Zul dan Ayda menjadi fenomena sehingga mereka memenangi Anugerah Gandingan Serasi Di Layar pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH). Sebab itulah apabila mereka digandingkan sekali lagi dalam M.A.I.D, drama yang diadaptasi dari karya Suri Ryana para peminat tidak habis-habis memuji pasangan ini sehingga mahu mereka berkahwin. Seperti Isteri Separuh Masa, drama ini turut disambung sebagai telemovie istimewa sempena Hari Raya pada tahun ini.
5) Hati Perempuan | Syarul Ridwan & Mia Ahmad Tengku Zaril dan Yuhanis juga tidak kurang hebatnya! Sungguhpun Syarul dan Mia adalah ‘muka baru’ dalam bidang lakonan, namun mereka ada aura yang tersendiri ketika menjayakan watak utama drama adatasi novel tulisan Nur Ain Al-Abbas ini. Jika tidak, masakan para pengikut Mia ‘naik hantu’ apabila tahu pasangan hero & heroin ini putus cinta. Oops!
Mungkin banyak lagi pasangan hero dan heroin drama adaptasi novel yang paling sweet, tetapi ini pilihan Astro Gempak yang kami rasakan paling sweet. Setuju tak dengan pilihan kami ni?
Teks Oleh: Hafiza Kamarudin
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Habis GV9 Saya Balik Ke Singapura..." - Hazrul Nizam Lancar Lagu Rawan Selepas 21 Tahun Tanpa Lagu Solo

gempak
22/10/2024
15:55 MYT
Penyanyi Hazrul Nizam mengambil keputusan tampil dengan single baharu selepas kali terakhir membawakan lagu Kaulah Segalanya kira-kira 21 tahun lalu.
Viral

Netizen Kagum Tengok Penkek Wajah Fattah Amin - "Ni Kalau Dah Makan Tak Sampai Hati Nak ..."

gempak
22/10/2024
12:30 MYT
Seorang usahawan penkek mencuri perhatian warganet menerusi bakat terpendamnya menghasilkan sebiji penkek berwajah pelakon kacak Fattah Amin.
Hiburan

Tiga Kali Janda, Britney Spears Umum Kahwin Diri Sendiri

gempak
22/10/2024
05:50 MYT
Bintang sensasi Hollywood, Britney Spears mengejutkan peminat dan pengguna media sosial menerusi perkongsian terkininya.
Viral

Jaguh Badminton Taufik Hidayat Dilantik Timbalan Menteri Belia & Sukan Indonesia

gempak
22/10/2024
05:30 MYT
Bekas jaguh badminton Indonesia, Taufik Hidayat dilantik menjadi Timbalan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia atau Timbalan Menteri Belia dan Sukan di bawah pentadbiran Presiden Prabowo Subianto.
Viral

Enam Tahun Berkahwin, Aisyah Hijanah Kongsi Tips Bermadu - “Memang Susah…”

gempak
21/10/2024
04:25 MYT
Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah berkongsi caranya menguruskan diri apabila suaminya, Alif Teega tiada di rumah.
BorakSeeni