Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pasangan Jutawan Beri Harta, RM20 Juta Kepada Orang Awam Untuk Jadi Sami

Maliah Surip
20/04/2024 13:50 MYT
Pasangan usahawan yang juga jutawan terkenal dari Gujarat, India sanggup melepaskan kehidupan mewah demi menjadi sami, lapor Times of India.

Bhavesh Bhai Bhandari dan isterinya dilaporkan memberi sekitar RM20 juta bersama harta seperti telefon bimbit serta penghawa dingin baru-baru ini selepas memutuskan untuk mengikut jejak dua anak mereka yang terlebih dahulu menjadi sami.

Mereka dipercayai mula memberi harta kepada orang awam sejak Februari sebelum keduanya dilihat berarak dengan 34 orang di jalanan sambil memberi barangan dan duit kepada penduduk kampung hujung minggu lalu.

Selain duit, pasangan yang dilihat memakai busana tradisional dan berarak di atas lori yang dihias itu juga mendermakan pakaian dan barangan berharga lain.

Menurut laporan sama, pasangan yang terkenal dalam lapangan bisnes pembangunan dan hartanah itu juga akan secara rasmi memutuskan hubungan bersama keluarga serta duniawi bermula 22 April 2024 demi melengkapkan misi menjadi sami.

Terdahulu dua anak mereka berusia 16 dan 19 tahun telah menjadi sami sejak tahun 2022.

Dengan keseluruhan keluarga itu kini sudah menjadi sami, mereka dijangka menjalani kehidupan sederhana tanpa kemudahan asas seperti penghawa dingin atau pakaian mahal.

BERITA TRENDING: Jutawan Tudung Tak Lokek Beri Duit Raya RM10,000 Pada Mak, Siap Kira Depan-Depan: “Sampul Raya Paling Buruk Sekali Bagi…”

PILIHAN PEMBACA: Bertuah Badan! Isteri Dapat 'Elaun' RM1.39 Juta Setiap Kali Hamil

#Viral #India #Jutawan #Sedekah #Harta #Sami #Gujerat #Bhavesh Bhai Bhandari
;