Pasangan Suami Isteri Tunggang Kapcai Ke Paris Demi Sokong Team Malaysia! - "Kami Nak Lihat Azizulhasni Awang, Kalah Menang Belakang Cerita"
Gempak
21/07/2024 02:55 MYT
21/07/2024 02:55 MYT
Dari kaca televisyen ke arena pertempuran, itulah bukti semangat patriotisme pasangan suami isteri, Alfi Shahrin Zakaria dan Diana Latief yang menanam impian ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024 dengan hanya dengan menaiki motor kapcai.
Lahir dalam era kegemilangan 'The Sidek Brothers' menjadi pencetus semangat untuk melihat wakil negara beraksi secara langsung di depan mata sendiri.
Misi asal mereka adalah untuk ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, namun kekangan daripada wabak COVID-19 yang melanda dunia menjadikan pelan itu tergendala dan kini bumi Paris menjadi destinasi seterusnya untuk merealisasikan mimpi mereka.
Lebih menarik tumpuan, komponen jentera Honda RSX 150cc yang digunakan sebagai kenderaan mereka adalah 100 peratus produk buatan Malaysia.
"Kami mahu buktikan bahawa barangan buatan Malaysia boleh tahan lama, dengan penjagaan dan penggunaan yang betul, boleh sampai, walaupun pemikiran masyarakat berbeza.
"Sekarang yang terkenal adalah Datuk Azizulhasni Awang, jadi kami ingin melihat dia jika ada rezeki.
"Pada kami, menang kalah belakang cerita tetapi menyaksikan di depan mata lebih utama. Semangat untuk menyokong pasukan negara lebih utama." katanya kepada Nadi Arena.
Sumber: Arena

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Pemain Hoki Australia Potong Jari Demi Ke Sukan Olimpik
BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Padah Merokok! Gimnas Jepun Dihantar Pulang
BERITA TRENDING: Olimpik Paris: Perancis Dikutuk Gara-Gara Larang Atlet Wanita Berhijab
BERITA TRENDING: Busana Perarakan Kontinjen Malaysia Di Olimpik Paris Elegan, Diperkenal Rabu Depan!
BERITA TRENDING: Ikuti Perjuangan & Misi Emas Negara Di Olimpik Paris 2024 Di Semua Platfom Astro! Setiap Aksi, Tak Kira Masa Atau Di Mana Jua
Sumber: Arena