Pasar Place
www.gempak.com/pasarplace merupakan sebuah platform yang menempatkan peniaga-peniaga kecil dan sederhana. Objektif laman ini dilancarkan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada peniaga bagi menampung pendapatan yang terjejas apabila arahan penutupan Bazaar Ramadan dikuatkuasakan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan akan berlangsung di sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.
Tidak, www.gempak.com/pasarplace hanya berlangsung selama lapan (8) minggu dan senarai peniaga yang berdaftar akan terpapar di laman rasmi di sepanjang kempen berlangsung.
Selain daripada penempatan produk percuma di www.gempak.com/pasarplace, para peniaga berpeluang untuk berafiliasi dengan Portal Digital Hiburan Melayu No. 1 di Malaysia, yang mempunyai jutaan pengikut serta pengaruh selebriti tanah air yang terkemuka dan terkenal dalam media sosial seperti Facebook, Instagram dan YouTube.
Tidak. Laman rasmi www.gempak.com/pasarplace hanya menawarkan platform untuk menyenaraikan perniagaan. Untuk urusniaga, pelanggan harus berurusan secara langsung dengan peniaga melalui pautan yang terpapar di laman tersebut. Servis penghantaran oleh peniaga harus mematuhi syarat Perintah Kawalan Pergerakan dimana penghantaran melalui kaedah e-hailing atau pos sahaja yang dibenarkan.
Tidak. Pihak www.gempak.com/pasarplace tidak akan bertanggungjawab sama sekali jika berlakunya sebarang permasalahan urusniaga termasuklah penghantaran dan pembayaran antara pelanggan dan peniaga seperti yang tertera di terma dan syarat di Klausa 10.2 ([insert the T&C link here)]. Para peniaga yang berdaftar dengan Pasar Place adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk urusan penghantaran dan pembayaran.
Ya. Pihak www.gempak.com/pasarplace telah membuat saringan dalam memastikan para peniaga menyertakan nombor pendaftaran syarikat yang diperakui oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pihak Pasar Place juga telah menyemak semula maklumat para peniaga secara dalam talian untuk memastikan tiada rekod penipuan yang dilaporkan. Jika ada sebarang pertanyaan, hubungi pihak Pasar Place di [email protected].
Syarat-Syarat Kelayakan- Peniaga yang berdaftar dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- Peniaga yang menyertakan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (SSM) untuk produk yang berkenaan.
- Peniaga yang berdaftar dengan perkhidmatan e-hailing dan servis pengeposan yang diluluskan oleh kerajaan.
- Klik disini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pasar Place. (www.gempak.com)
- Pemindahan maklumat ke laman rasmi Pasar Place akan mengambil masa 5-7 hari dengan info perniagaan yang lengkap.
- Kami akan menghubungi anda jika ada maklumat yang kami perlukan dari semasa ke semasa.
- Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi kami di [email protected].