Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Pasca Terima Tuduhan Ada Skandal Dengan Isteri Orang, Anwar Amzah Akui Tertekan

Gempak
09/02/2024 02:00 MYT
Kecoh baru-baru ini apabila pemuzik, Anwar Amzah didakwa oleh mempunyai ‘skandal’ bersama penyanyi wanita yang sudah bergelar isteri orang, Ernie Zakri.

Susulan daripada itu, Anwar akui agak sedikit terkesan dengan tuduhan tidak berasas yang telah dilakukan oleh individu tersebut.

“Sebenarnya ada lah terkesan sedikit, tapi kita dalam bidang industri ini saya hanya nak mencari makan (rezeki) jadi saya buat tak tahu je.

“Tapi apa yang datang lagi dekat DM (direct message) lepas ni saya akan biarkan sahaja,” katanya ketika ditemui Gempak.

Dalam pada itu, Anwar turut berkongsi pihaknya sudah tidak lagi menerima mesej tuduhan liar daripada individu tersebut.

Berita Trending: Dituduh Berskandal Isteri Orang, Anwar Amzah Tampil Bela Diri

Malah, pihaknya juga sudah menghubungi kedua-dua penyanyi, Syamel dan juga Ernie bagi menjernihkan keadaan.

“Untuk masa sekarang dia dah takde kacau lagi dan semua juga dah clear by Ernie punya statement.

“Sebelum ini saya keluarkan screenshot DM tu sebab saya takut perkara itu jadi besar.

“Jadi saya juga sudah menghubungi pihak Ernie dan Syamel dan mereka juga suruh saya diam dan tidak menambah apa-apa statement lagi kerana semua sudah clear,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, Anwar telah menerima banyak mesej daripada individu ini yang menuduh dia meminati isteri orang hanya disebabkan warna pakaian yang sama.

Sekadar info, Anwar cukup terkenal dengan petikan gitar akustiknya dan pernah bekerjasama dengan Ernie menerusi beberapa akustik termasuk Gempak Jam Session.

#Ernie Zakri #Skandal #Amzah #Tuduh #Anwar